13 Jun 2011

PAS... Dalam dilema...

Setelah tamat muktamar PAS ke 57, banyak kepincangan telah berlaku baik di dalam atau pun di luar PAS. Apa yang pasti, kemenangan pada kali ini banyak berpihak kepada golongan profesional berbanding ulama. Golongan profesional inilah yang telah banyak memesongkan pegangan PAS dari ingin menjadikan Malaysia sebuah negara islam ke negara kebajikan jika menang pilihanraya ke-13 nanti. Golongan profesional ini adalah golongan yang masuk ke dalam PAS menjadi ahli PAS tapi jiwa mereka tidak bersama PAS. Jiwa mereka ada bersama Anwar Bin Ibrahim dan percayalah di dalam muktamar kali ini, semua kemenangan profesional itu telah disusun rapi oleh Anwar Bin Ibrahim demi memastikan golongan ulama ditolak di dalam PAS bagi menjaga hubungan baik Pakatan Rakyat antara PAS, DAP dan PKR yang mana DAP secara terang-terangan menolak negara islam yang dicadangkan oleh PAS sehinggakan pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan jika inginkan penubuhan negara islam, langkah mayatnya dulu. Apakah ahli-ahli PAS selama ini tidak sedar bahawa PAS hanya dipergunakan di dalam pakatan Rakyat demi mencapai cita-cita kotor DAP dan PKR? Ada ahli PAS yang berkata PAS hanya mempergunakan DAP dan PKR tapi hakikat sebenarnya PAS yang telah dipergunakan oleh DAP dan PKR. Bukalah mata seluas-luasnya wahai ahli PAS. Jangan terlalu Taksub dengan pemimpin anda. Bukalah minda anda... Jangan dikuncupkan minda anda dengan hanya memikirkan akan kebenaran yang di bawa oleh Pemimpin PAS. Kepada ahli-ahli PAS, cubalah anda fikirkan kini, ke mana hala tuju PAS yang sebenarnya sekarang? Cubalah anda renungkan kembali, di mana ketelusan pemimpin-pemimpin PAS ingin menubuhkan negara islam dan melaksanakan hukum hudud jika dapat memerintah Malaysia? Apakah yang telah berlaku kini? Kenapa setelah mengkafirkan UMNO yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara ini, kini PAS perlu menjilat semula kata-kata yang dilemparkan dulu dengan bekerjasama bersama DAP? Berpeluk dan bersalam jika bertemu. Apa sudah jadi? Mungkin bagi ahli PAS yang masih mentah dan baru di dalam politik, tidak tahu akan hal ini. Namun bagi ahli PAS yang telah veteran, mereka tahu akan hal kafir-mengkafir ini. Pada veteran-veteran PAS, sedarkanlah anak-anak muda yang ada di dalam PAS sebelum terlambat. Mereka orang muda. Berdarah muda. Jika darah mereka sudah mendidih, mereka akan lakukan apa saja. Adakah anda semua mahu melihat peristiwa memali terjadi lagi? Adakah anda ingin lihat anak-anak muda ini mengadaikan nyawa mereka hanya kerana beranggapan menyokong, menjadi ahli PAS masuk syurga dan bila menentang UMNO jika mati adalah mati syahid? Tidak ingatkah anda semua apa yang terjadi apabila amanat Haji Hadi dipegang teguh oleh Ibrahim Libya sehingga mereka menentang kerajaan? Jika anda semua sudah lupa, saya ingatkan kembali amanat tersebut. Inilah amanat Haji Hadi sehingga membawa kepada peristiwa Memali :-

"Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Inilah amanat dari Haji Hadi kerana ingin menubuhkan negara islam di bumi Malaysia tercinta ini. Namun kenapa kini, dari negara islam berubah menjadi negara kebajikan? Tidakkah sia-sia pengorbanan Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya yang mati semasa menentang kerajaan demi sebuah negara islam yang ingin ditubuhkan oleh PAS? Sedarlah pengikut-pengikut PAS dari lena yang panjang. PAS hanya menunduk kepada kemahuan DAP dan PKR. Kalau PAS tak mahu bersekutu dengan UMNO sekalipun, keluarlah dari Pakatan Rakyat dan jadilah diri PAS yang sebenar yang tidak mengikut telunjuk orang lain dan jangan berada di dalam dilema wahai pemimpin-pemimpin PAS. Anda semua yang berada di dalam PAS adalah islam. Saya yang berada di dalam UMNO juga islam. Bukankah kita bersaudara? Cukuplah pegangan kita kepada rukun islam dan rukun iman. InsyaAllah jika kita berpegang teguh kepada keduanya, kita akan menjadi muslim yang sejati dan diredhai oleh Allah dunia dan akhirat. Insyaallah. Semoga apa yang saya coretkan ini akan dapat direnungi dan difikirkan bersama-sama. Bukan niat ingin menghentam PAS cuma ingin meyedarkan anda semua ahli-ahli PAS betapa takutnya PAS dengan DAP pada waktu ini.

02 Jun 2011

Happy Birthday Ayah...



Alhamdulilah... Hari ni 02/06/11 adalah hari ulang tahun kelahiran ayahku yang ke 64 tahun. Walau macam manapun ayahku tetap maintain... nampak segak, bergaya dan muda dari usia sebenarnya... Cayalah ayah... Camne ayah jaga diri..? Ajarlah anak ayah yang dah boroi ni... Aku dah call ayah aku... Aku dah ucapkan Selamat hari jadi... Semoga ayahku akan dipanjangkan umur... Ditambahkan rezeki yang yang melimpah ruah dan halal... Amin... Sayang ayah selamanya...

Ayah,
Kaulah sumber inspirasiku...
Tanpamu... Tiadalah aku...
Tanpamu... Aku tidak mengenal erti kehidupan di dunia ini...

Ayah,
Pahit jerihmu mengerah keringat...
Pahit jerihmu mencari rezeki demi membesarkanku...
Pahit jerihmu menjaga keluarga dengan tulang empat keratmu...
Tidak terbalas walau dengan timbunan wang ringgit dan segunung intan sekalipun...

Ayah,
Aku tahu...
Kau banyak terluka kerana sikapku...
Namun aku akan cuba memperbaiki segala kekurangan pada diriku...
Aku akan cuba membahagiakan ayah sehingga akhir hayatku...

Ayah,
Aku sayang kamu...
Aku cinta kamu...
Aku bangga mempunyai ayah sepertimu...
Yang banyak mengajar aku tetap kehidupan...
Yang banyak mengajarku tentang siapa diriku...

Ayah,
Doaku iring supaya ayah sentiasa sihat dan gembira selalu...
Terima kasih ayah...