21 Januari 2015

Khairul Azmi Bin Md Saad..... Caliph Busker..... Tak ku sangka..

Assalamualaikum semua.. Lama aku tak coretkan apa pun dekat bloq ni.. Rasa tak ada idea yang nak dikongsi.. Tapi lepas menonton persembahan Azmi Saad di pentas AJL29, aku rasa terpanggil untuk menaip di blog ini. Tak ku sangka, begitu jauh Azmi dan kumpulannya Caliph Busker boleh pergi hingga ke pentas AJL kerana di beri kepercayaan oleh Edry KRU. Terima kasih kepada Edry yang berani membawa Caliph Busker untuk bersama-sama MOJO di pentas akhir AJL29 dan seterusnya mendapat tempat sebagai persembahan terbaik dan memang aku tak sangka yang Azmi mempunyai vokal yang amat hebat. Untuk yang mula meminati Azmi dan kumpulan Caliph Busker, memang benar seperti yang tersebar di laman sosial bahawa Azmi Saad adalah anak peneroka Felda Tenggaroh 3 Mersing, Johor. Ayahnya telah meninggal dunia kerana sakit jantung manakala abangnya Khairul Azman anak yang sulong meninggal dunia kerana sakit buah pinggang. Beliau hanya mempunyai 3 orang adik beradik dan kini tinggal hanya dua beraik sahaja. Walau aku sekampung dengan dia, tapi tak banyak yang boleh aku kongsikan pengalaman aku dengan dia kerana dia bersekolah di Johor Bahru di sekolah cacat penglihatan kemudian melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur. Hanya pengalaman yang aku ada dengan dia ialah semasa di terjatuh dari basikal di jalan cerun tepi Warung Salleh (Sekarang kat situ ada kedai Runcit Nurjannah) Lihatlah bawah mata kiri dia ada parut luka tu.. Tu la kesan kerana terjatuh dari basikal sehingga koyak kulit pipi dia dan patah giginya. Beliau terjatuh di depan mata aku pada waktu itu kerana beliau sentiasa ada di kedai jahit ibunya yang juga selang 2 buah dari warung ayah aku. Pernah tengok persembahan dia semasa di rumah Arwah Wak kandar. Tapi dah terlalu lama. Rasanya masa dia bersekolah di Johor Bahru lagi. Kemudian dengar cerita dia bekerja sebagai tukang urut di Kuala Lumpur. Tapi aku tak ambil port sangat la sebab aku pun tak duduk kat Tenggaroh 3. Cuma balik sekali sekala. Namun kini, segalanya dah berubah. Azmi telah jauh melangkah walau dengan kekurangan yang ada pada dirinya dan anggota kumpulannya, namun Allah tetap adil di dalam memberi rezeki kepada setiap hambanya sehingga kadangkala bagi kita yang sempurna ni pun belum tentu mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita. Apapun tahniah buat Azmi. Anda telah membuka mata kami yang celik ni supaya terus berusaha untuk berjaya. Tahniah dari abang wat ko Mie. nanti nak turun KL juga tengok kau Basking kat Sogo tu... Oklah.. Apapun kepada semua penduduk Felda Tenggaroh 3, berilah support kepada mereka di dalam bidang seni yang amat mereka cintai ini. Bolehlah menyaksikan apa saja persembahan mereka di You Tube atas nama Caliph Busker atau boleh melayari Facebook Rasmi mereka juga atas nama yang sama. Felda, apa lagi.. Dulu Mawi.. Kini Azmi.. Semoga Felda akan memberi ruang kepada Azmi sama seperti Mawi dulu.. Sesungguhnya anak-anak Felda memang berbakat..