10 Ogos 2010

Assalamualaikum... Salam ramadan al-mubarak.

Hai semua... Bersua kita kembali. Hari ni dah 10/08/2010. Dah 9 hari aku tak coretkan apa-apa kat Blog aku ni. Hari ni, aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan dan kesalahan yang aku lakukan sepanjang kita semua berkawan dan berhubung sesama kita. Jika terambil, minta diingatkan. jika termakan, terminum, minta dihalalkan. Jika terkasar, terumpat, terkata, terkeji, terhina, minta diampunkan segala kesilapan dan kesalahan sempena kedatangan bulan ramadan al-mubarak yang mulia ini. Marilah sama-sama kita menghayati Ramadan kali ini dengan penuh keimanan dan ketakwaan semoga segala amal ibadah kita diterima dan segala dosa kita akan diampunkan oleh Allah s.w.t bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang penuh dengan keinsafan. Bulan yang penuh dengan rahmat, kasih dan sayang Allah s.w.t kepada hamba dan makhluknya. Bulan untuk melakukan amal ibadat sebanyak mungkin untuk mendapat keredhaannya dan juga bulan untuk menyucikan diri dari segala dosa. Ibadah terawikh juga jangan dilupakan kerana setiap malam ada mempunyai keistimewaannya sendiri. Keistimewaan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t ialah sepertimana berikut :-

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

dan apa yang menarik bagi sepuluh malam terakhir, terutama pada malam-malam ganjil iaitu malam ke21-23-25-27 dan 29, Allah menjanjikan Malam LailatulQadar. Di mana semua malaikat akan turun ke bumi untuk berdoa bagi mereka yang melakukan amal ibadat pada malam tersebut. Keistimewaan yang dijanjikan pada malam tersebut adalah Ibadah yang dilakukan akan diberi ganjaran seumpama beribadah seribu bulan. Pada malam itu juga, pokok-pokok, hidupan serta semua makhluk Allah di muka bumi ini akan sujud kepada Allah s.w.t. Subhanallah. Itulah keistimewaan umat Nabi Muhammad yang diberi bermacam-macam ganjaran oleh Allah s.w.t bagi mereka yang benar-benar menghayati kedatangan ramadan dan mengambil kesempatan untuk meningkatkan lagi ibadah mereka. Semoga Ramdan ini akan membawa kejayaan bagi kita semua. InsyaAllah.

02 Ogos 2010

Ni yang video punya..

Assalamualaikum... Ni adalah sedutan beberapa video berkenaan hari peneroka Felda Tenggaroh 3 yang sempat aku rakamkan pada 31/07/2010 hari sabtu yang lalu untuk tatapan kawan2 yang tak sempat balik untuk bersama-sama memeriahkannya. Semoga anda semua akan dapat merasakan kemeriahan itu bersama-sama...
video
video
video
video
video
video
video
video
video
video
video

Sekitar Hari Peneroka Felda Tenggaroh 03






Assalamualaikum...

Hai semua... Diharapkan hari ni sihat walafiat. Aku nak berkongsi dengan semua tentang sambutan Hari peneroka Felda Tenggaroh 3 yang lalu iaitu pada 31/07/2010 bersamaan hari sabtu. Memang meriah. Berikut adalah paparan yang sempat saya ambil untuk tatapan kawan2 semua yang tak berpeluang balik ke Tenggaroh 3 pada hari berkenaan.