28 Julai 2010

Assalamualaikum...

Apa khabar semua...
Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Encik Malik Bin Abd Wahab (Blok 1) yang telah kembali ke rahmatullah pada hari sabtu 24/07/2010 yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada Kocong, janganlah bersedih. Kocong kawan baik aku. Maafkan aku kerana tidak hadir pada masa hari pengkebumian arwah ayahmu. Nanti, bila aku balik ke Tenggaroh 3, aku akan berjumpa dengan kau. Untuk pengetahuan semua, borang maklumat juga belum sempat untuk di hantar. Ini kerana kesibukan yang melanda aku. InsyaAllah, kalau tiada apa aral, mungkin pada bulan hadapan borang itu akan di hantar. Aku amat berharap agar borang berkenaan akan diisi dengan lengkap. Sekian. Jaga diri sebaik yang mungkin. Hiasi diri dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t Berusaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah segala cita-cita dan impian serta harapan kita akan dimakbulkan olehNya.

19 Julai 2010

Sekitar pertandingan bola akhir





Pada 18/07/2010 bersamaan hari ahad yang lalu... (semalam le)telah diadakan pertandingan akhir bola sepak Piala Y.B Ketua UMNO Bahagian Mersing yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Mersing dan bertempat di Stadium Mini Mersing. Berikut adalah sedutan yang sempat saya rakamkan untuk tatapan semua.
video
video
video

16 Julai 2010

Assalamualaikum...

Assalamualaikum semua...

Hari ni tiada apa yang ingin aku ceritakan. Dah beberapa hari aku tidak mencoretkan apa2 di blog aku ini. Di sini, ingin aku memberitahu kepada semua anak-anak peneroka Felda Tenggaroh 3, pada 31 Julai 2010 bersamaan hari sabtu ini, akan diadakan program hari peneroka Felda Tenggaroh 03 bertempat di Padang Awam Felda Tenggaroh 3. Beberapa acara menarik telah diatur dan diantaranya, Pendaftaran Pengundi baru akan diadakan. Kepada semua anak-anak peneroka yang telah berumur 21 Tahun dan ke atas yang belum mendaftar sebagai pengundi, bolehlah bersama-sama mendaftar. Kalau tiada masa, bila balik ke Felda Tenggaroh 03 ini, bolehlah tinggalkan salinan I/C kepada ibu atau bapa dan suruh mereka daftarkan sebagai Pengundi. Salinan I/C itu juga akan kami ambil untuk melengkapkan Borang maklumat terkini yang sekarang ini ada pada Hell. Borang berkenaan akan di hantar bermula minggu depan dan kami mengharapkan agar ianya dapat diisi dengan lengkap. Ini perlu bagi memastikan jalinan hubungan sesama kita tidak akan terputus. Di sini aku juga mengucapkan Takziah kepada keluarga Zulkifli Bin Othman yang kembali ke Rahmatullah pada 10/07/2010 hari sabtu yang lalu akibat kemalangan Jalanraya di Mawai, Kota Tinggi Johor ketika ingin kembali ke Felda Tenggaroh 3. Walaupun kemalangan berkenaan bukan kecuaiannya namun di sini aku ingin mengingatkan supaya berhati-hati dijalanraya terutama bagi mereka yang menggunakan motosikal. Aku juga ingin berpesan, marilah kita sama-sama mendaftar sebagai pengundi kerana nisbah remaja melayu yang mengundi berbanding bangsa lain adalah 1:40.

12 Julai 2010

Assalamualaikum...

Antara sedutan yang menarik untuk tatapan anda...
video
video
video

Sekitar mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Mersing

Assalamualaikum... Apa khabar semua. Harap-harap sihat walafiat. Semoga sukses dan lebih berjaya di dalam kehidupan dan kerjaya. Pada 03/07/2010 yang lalu, hari sabtu. Telah dijalankan Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Mersing. Ikuti sedutan yang sempat saya rakamkan.
video

01 Julai 2010

Assalamualaikum...

Alhamdulilah... hari ni dah selamat aku bertugas kat TEKUN Nasional Kawasan Parlimen Pengerang. Biarpun jauh... aku puas hati... bebas dari segala masalah...
errmmm... apapun.. aku kena tanamkan azam dan tekad untuk lebih berjaya di tempat baru ni..
insyaAllah...
semoga berjaya.