28 Julai 2010

Assalamualaikum...

Apa khabar semua...
Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Encik Malik Bin Abd Wahab (Blok 1) yang telah kembali ke rahmatullah pada hari sabtu 24/07/2010 yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada Kocong, janganlah bersedih. Kocong kawan baik aku. Maafkan aku kerana tidak hadir pada masa hari pengkebumian arwah ayahmu. Nanti, bila aku balik ke Tenggaroh 3, aku akan berjumpa dengan kau. Untuk pengetahuan semua, borang maklumat juga belum sempat untuk di hantar. Ini kerana kesibukan yang melanda aku. InsyaAllah, kalau tiada apa aral, mungkin pada bulan hadapan borang itu akan di hantar. Aku amat berharap agar borang berkenaan akan diisi dengan lengkap. Sekian. Jaga diri sebaik yang mungkin. Hiasi diri dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t Berusaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah segala cita-cita dan impian serta harapan kita akan dimakbulkan olehNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan