26 April 2010

Alhamdulilah...

Assalamualaikum semua...

Alhamdulilah... Barisan Nasional telah diberi mandat oleh rakyat Hulu Selangor... Tahniah pada yang memberi undinya kepada Barisan Nasional. Ini perlu kerana Barisan nasional ditunjangi oleh UMNO. Ye UMNO yang mana kesemua ahlinya adalah orang melayu dan pastinya yang beragama islam... Diterajui oleh YAB Dato Seri Najib Bin Tun Abd Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin. Ingin diingatkan kepada semua pengundi... Pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti, pilihlah yang terbaik... Demi memastikan negara ini tidak akan jatuh ke tangan pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri. Pemimpin yang ingin menjadikan segala cita-cita dan impiannya kenyataan. Yang hanya ingin menjual maruah bangsanya sendiri... Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah...

22 April 2010

Hai... Entahlah....

Nape ek... Orang melayu suka menjahanamkan antara satu ngan lain...? Selalu dengki mendengki sesama sendiri... Tak boleh tengok orang lain maju... Kalau bangsa lain... Maju dah... Lama dah majunya... Boleh pakai kereta besar-besar... Rumah banglo-banglo... Ni... Baru ada syarikat yang menolong orang melayu untuk maju... dan nak dikondemkan... Alhamdulilah... dengan adanya syarikat ni... ramai orang-orang melayu yang boleh beli kereta baru... Mewah... Bangga melihatnya... ada yang dah boleh beli rumah... Ada yang dah boleh g haji... Mak ngan ayah aku... Baru berangan nak pergi haji dengan pendapatan tambahan yang diterima setiap bulan... Dah jadi camni... Ya Allah... Harap-harap... Oklah... Dah tak dibekukan segala aset dan dibenarkan beroperasi semula... Amin...

19 April 2010

Assalamualaikum.....

Hai... Apa yang nak dicakap hari ni..? Semalam teman anak sedara masuk pertandingan memancing kat Pantai Semanyir, tapi takde rezeki. Nak tangkap gambar, kamera lupa nak bawak... Nak ambil video ngan handset... handset pun rosak... he..he..he.. Tapi semalam kena sengat ikan duri... Sakit ooo... nasib hari ni dah ok sikit. Side mirror keta pun patah... tersenggol lori... he..he..he.. errmmm... ni nak cakap sikit pada pengundi-pengundi di Parlimen Hulu Selangor... Pilihlah calon yang betul2 layak untuk membela nasib rakyat di Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ni. Jangan lupa bawak kad pengenalan... Kalau lupa nanti tak leh nak mengundi pulak. Oklah. Lain kali aku coret lagi. Pagi-pagi ni takde idea nak cakap. so... Selamat maju jaya kepada semua anak-anak peneroka Felda Tanggaroh 3.

14 April 2010

G Pulau Batam, Indonesia 2


Assalamualaikum...


Ni video pemuzik jalanan yang aku ambil pada makan malam 15hb12 pulak.. Lagu Wali band tu...


video


Amacam.. Best tak..?


Suara dia pun dah lebih kurang je macam penyanyi Wali Band.. dan muka2 mereka yang aku ambil tu.. semuanya AJK Pemuda UMNO bahagian MERSING.


Aku nak tanya.. Korang pelik tak kenapa Penyanyi Indonesia Popular kat sini..? Dulu aku pelik juga.. Memang lagu dia sedap2... Tapi sebenarnya.. sebab Penduduk dia yang berhijrah kat sini.. yang masuk cara sah je dah lebih sejuta orang.. yang masuk cara tak sah je lebih juga sejuta orang... Kalau yang beli CD, VCD, DVD penyanyi dia tu dalam seratus ribu orang rakyat dia yang kat sini.. mana tak dia galamour dan boleh cari makan kat sini.. berbanding rakyat kita yang kat sana... baru berapa kerat... itupun pelajar atau mempunyai bisnes kat sana.. Betul tak pandangan aku..?


Ha.. Aku nak citer tentang satu disko kat Pulau Batam.. Peh.. malam tu aku tak bawa kamera.. Memang cantik ooo.. Bentuk Kapal... persiaran.. nama dia.. The Pacific.. Fulamak.. Disko dia.. Dah lah besar.. susah nak digambarkan.. memang cantik dan menawan.. he..he..he.. Rasa nak g lagi...

Tu gambar aku ngan shahril.. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawaangan Tenggaroh 5... dalam feri.. nak balik.. he..he..he.. Selamat tinggal Pulau Batam. Semoga bertemu kembali...

Percutian ke Pulau Batam, indonesia


Assalamualaikum... Gambar atas Feri... Masa pergi ke Pulau Batam, Indonesia pada 14hb.


Pada 14,15 dan 16hb 12 tahun 2010... Aku telah bercuti ke Pulau Batam, indonesia... Memang best g sana... Macam-macam ragam kehidupan boleh dilihat... Seperti pemuzik jalanan...


video


Ni masa makan malam pada 14hb


Aku kagum ngan semangat mereka untuk meneruskan kehidupan...


Mereka mempunyai bakat yang tersendiri... Jadi tak hairanlah kalau mereka ramai menjadi artis... dan popular di negara kita...



Assalamualaikum.....

Ni abang korang nak ingatkan pada semua anak-anak peneroka Felda Tenggaroh 3.. Seandainya dah berumur 21 tahun ke atas.. dan belum daftar mengundi... daftarlah segera... Ini penting demi memilih kerajaan untuk memerintah negara kita Malaysia yang tercinta dan pastikan Pilih kerajaan yang telah terbukti berjaya membangunkan Malaysia dan menjadikan Malaysia terkenal di serata dunia... Bukan yang hanya mempunyai agenda tersendiri...

Assalamualaikum.....

Apa aktiviti yang aku nak buat untuk budak-budak Tenggaroh 3...? Aku nak mohon satu gelanggang Futsal... Senang budak-budak nak main Futsal dan boleh juga buat pertandingan... Dan aku ada satu cadangan untuk menubuhkan koperasi anak-anak Peneroka Felda Tenggaroh 3... Apa kata korang...?

Assalamualaikum.....

Hai... Kepada semua pelayar blog saya...

Nama saya : Irwana Kesuma Bin Mohd Rasdi
Alamat : No 29 Felda Tenggaroh 3, Jemaluang 86810 Mersing, Johor.
Pekerjaan : Pegawai TEKUN Nasional Kawasan Parlimen PENGERANG, KOTA TINGGI, JOHOR
Jawatan dalam masyarakat :AJK UMNO Cawangan Felda Tenggaroh 03
Blog ini khas untuk menulis pandangan... Pendapat... Dan juga khas untuk anak-anak Peneroka Felda Tenggaroh 3 agar perhubungan kita semua bertambah erat.