16 Julai 2010

Assalamualaikum...

Assalamualaikum semua...

Hari ni tiada apa yang ingin aku ceritakan. Dah beberapa hari aku tidak mencoretkan apa2 di blog aku ini. Di sini, ingin aku memberitahu kepada semua anak-anak peneroka Felda Tenggaroh 3, pada 31 Julai 2010 bersamaan hari sabtu ini, akan diadakan program hari peneroka Felda Tenggaroh 03 bertempat di Padang Awam Felda Tenggaroh 3. Beberapa acara menarik telah diatur dan diantaranya, Pendaftaran Pengundi baru akan diadakan. Kepada semua anak-anak peneroka yang telah berumur 21 Tahun dan ke atas yang belum mendaftar sebagai pengundi, bolehlah bersama-sama mendaftar. Kalau tiada masa, bila balik ke Felda Tenggaroh 03 ini, bolehlah tinggalkan salinan I/C kepada ibu atau bapa dan suruh mereka daftarkan sebagai Pengundi. Salinan I/C itu juga akan kami ambil untuk melengkapkan Borang maklumat terkini yang sekarang ini ada pada Hell. Borang berkenaan akan di hantar bermula minggu depan dan kami mengharapkan agar ianya dapat diisi dengan lengkap. Ini perlu bagi memastikan jalinan hubungan sesama kita tidak akan terputus. Di sini aku juga mengucapkan Takziah kepada keluarga Zulkifli Bin Othman yang kembali ke Rahmatullah pada 10/07/2010 hari sabtu yang lalu akibat kemalangan Jalanraya di Mawai, Kota Tinggi Johor ketika ingin kembali ke Felda Tenggaroh 3. Walaupun kemalangan berkenaan bukan kecuaiannya namun di sini aku ingin mengingatkan supaya berhati-hati dijalanraya terutama bagi mereka yang menggunakan motosikal. Aku juga ingin berpesan, marilah kita sama-sama mendaftar sebagai pengundi kerana nisbah remaja melayu yang mengundi berbanding bangsa lain adalah 1:40.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan