11 Mei 2011

Harga minyak dan gula...

Harga minyak RON97 naik dua puluh sen dan gula naik dua puluh sen..? Naik lagi... Minyak takpelah... Memang sekarang ni ramai yang guna RON95... Tapi gula...? ada pilihan lain ke...? Inilah langkah terbaru kerajaan Malaysia untuk mengurangkan subsidi kerajaan pada minyak dan gula... Rakyat jangan cepat melenting... Kita kena memandang perkara ini dari sudut positif. Apabila subsidi dapat dikurangkan, kewangan kerajaan akan meningkat dan dengan kewangan yang ada, kerajaan akan dapat melakukan apa saja projek demi pembangunan negara kita dan demi kepentingan rakyat negara kita sendiri... Saya bukan menyokong penuh kenaikan harga barangan ini, Namun ia selari dengan keadaan ekonomi dunia masa kini yang sentiasa meningkat... Namun pada pendapat saya, masa ini bukanlah masa yang tepat dan sesuai untuk kerajaan menaikkan harga minyak dan gula kerana sudah semestinya isu ini akan dipermainkan terus oleh pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum nanti... Isu minyak dan gula adalah satu isu yang sensitif kerana apabila minyak dan gula naik, harga barangan lain akan naik... Apabila harga minyak naik, alasan pekilang, pemborong dan peruncit adalah kos penghantaran meningkat kerana harga minyak sudah naik... Manakala bagi pengusaha Restoran, kedai makan dan yang sewaktu dengannya memberikan alasan harga gula naik maka mereka terpaksa menaikkan harga minuman dan makanan... Inilah realiti yang perlu kita hadapi... Sekarang tibalah masanya kerajaan menyemak semula pemberian cola kepada kakitangan kerajaan... Pada pendapat saya pemberian cola perlu diselaraskan kerana pada masa ini, kos di kampung tidak ada bezanya dengan di bandar... Tiada bezanya dalam Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah... Itu pandangan dan pendapat saya sahaja... Apapun, kita harus bersyukur kerana lahir dalam negara yang aman damai ini... Negara yang tiada bencana alam melanda... Semoga apa yang saya kongsikan akan dapat dinilai oleh anda semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan