07 September 2014
Biarku menjadi cahaya itu agar terus menerangi perjalananmu
Wah.. Tajuk.. He.. He.. Ada apa pada tajuk..? Terima kasih kepada mereka yang sudi melayari blog hamba yang tak seberapa ni. Dah setahun lebih tak coretkan apa-apa kat sini. Kadangkala terlupa. Ialah dengan kemajuan teknologi kini, ramai yang menggunakan Muka Buku untuk mendapatkan maklumat. Ye tak..? Lebih-lebih lagi untuk menambah kenalan. Tapi awas, Muka Buku juga leh wat pasangan kekasih selalu bergaduh, yang bertunang putus dan yang dah berkahwin, beranak pinak pun bercerai kerana menemui pakwe dan makwe lama hingga cinta bertaut kembali. Hamba ni nak pesan terutama kat orang perempuan. Kalau dah berkahwin, setialah pada suami. Jujur dan jagalah diri serta kehormatan untuk suami. Ingat, perempuan mudah masuk Syurga tapi paling ramai dalam neraka. Keredhaan seorang suami adalah keredhaan Allah. Kemurkaan seorang suami adalah kemurkaan Allah hinggakan jika tiada keizinan dari suami untuk keluar dari rumah walaupun untuk melawat ayah sendiri yang sedang nazak, berdosa besar seorang isteri itu jatuh derhaka dan malaikat sentiasa melaknatnya sepanjang perjalanan. Ingatlah, seorang wanita itu tidak berhak bertanyakan ke mana suaminya mahu pergi, apa yang suaminya ingin lakukan, suami hanya perlu memberitahu ke mana dia nak pergi dan apa yang dia nak buat untuk pengetahuan isterinya sahaja. Suami tidak perlu meminta kebenaran dan izin dari isteri. Itulah kuasa seorang suami dan yang selalu saya katakan, memang mengundang marah ramai wanita pada saya. He.. He.. Ingatlah, lelaki tidak pernah curang pada wanita dan tiada istilah curang bagi seorang lelaki berbanding wanita. Kenapa? Pelik ke saya cakap macam ni? Ini hanya untuk pengetahuan sahaja. Bukan hendak mencari salah dan silap sesiapa. Nak ulas lebih lanjut? He.. He.. lain kali la. Fikirlah sendiri.
Aduh, pening kan..? He.. he.. Tak ada kena mengena ngan tajuk pun. Blog ni ibarat luahan hati sendiri tau. Aku cuma nak beritahu, dalam hidup ini, ada orang yang paling kita sayangi. Kadangkala orang yang kita sayangi itu dah memberi kita peluang namun kita sia-siakan peluang itu hinggalah kita tersedar bila kita kehilangannya. Itulah yang aku alami kini. Namun aku berusaha untuk memenangi semula hatinya dan berharap agar dia memberiku peluang sekali lagi supaya akulah cahaya itu yang akan terus menerangi perjalanannya...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan