07 April 2015
Helikopter yang dinaiki oleh Tan Sri Jamaluddin Jarjis terhempas...
Assalamualaikum dam Salam Satu Malaysia semua...
bermula dari 4 April 2015 hingga kini, berita yang semestinya masih hangat diperkatakan adalah mengenai sebuah Helikopter jenis Dolphin model AS3655N2 milik IGB Corporation dengan nombor pendaftaran (9M-IBG) yang membawa penumpang kenamaan Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi IGB Corporation sendiri, Pengawal peribadi Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Juruterbang dan Pembantu Juruterbang teleh terhempas di Sungai Pening, Semenyih, Selangor dan mengorbankan semua penumpangnya. Mereka dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis Perkahwinan Anak Datuk Seri Najib di Pekan, Pahang. Pada mulanya helikopter berkenaan dinaiki oleh 7 orang termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bukit Ibam (dalam parlimen Rompin) namun sesampainya di Bukit Ibam, Ahli Dewan Undangan Negeri itu telah turun kerana telah tiba ke destinasinya lalu perjalanan diteruskan dengan 6 orang penumpang yang akhirnya berakhir dengan tragedi yang amat menyayat hati. Tahun lepas, negara kita telah digemparkan dengan 3 kemalangan membabitkan kapal terbang milik Malaysia iaitu 2 milik MAS dan sebuah lagi milik Air Asia. Pada tahun ini, kita digemparkan dengan kemalangan Helikopter pula. Al-Fatihah kepada Tan Sri, pengawal peribadinya dan juga Ketua Setiausaha Datuk Seri Najib yang terkorban. Marilah kita berdoa semoga selepas ini, tiada lagi tragedi yang menyayat hati begini dan semoga Allah s.w.t melindungi kita dan negara kita dari perkara-perkara yang buruk. Walaubagaimanapun inilah ketentuan Allah s.w.t kepada makhluknya. Ajal di mana-mana sahaja boleh berlaku bila tiba masanya. Tidak cepat atau lambat walau sesaat pun. Kematian itu pasti.
Aku sendiri pada hari kejadian mengetahui adanya sebuah helikopter terhempas di Selangor pada kira-kira pukul 9 malam apabila seorang pelanggan yang datang minum di kedaiku memberitahu ada sebuah helikopter terhempas di Selangor dan apabila balik ke rumah dalam pukul 11.00malam, aku membuka astro awani dan terkejut apabila mendapati helikopter yang terhempas itu membabitkan Tan Sri jamaluddin Jarjis. Pada malam itu, aku tidak ingat bahawa aku rupanya pernah bergambar bersama helikopter malang berkenaan pada 10.12.2012 di Padang Awam Rompin apabila Tan Sri Jamaluddin Jarjis ada merasmikan satu program di sebuah dewan di situ. Jadi aku hanya mendengar berita berkenaan sehingga tiba petang semalam 06.04.2015 bersamaa hari isnin, aku teringat yang aku pernah bergambar dengan helikopter yang dinaiki oleh Tan Sri semasa di Rompin. Tanpa berlengah, aku mencari kamera yang merakam gambar berkenaan, manum tiada. Aku terfikir mungkin gambar berkenaan telah dipindahkan ke notebook yang ada. Aku pun pergi ke kedai dan mengambil notebook berkenaan dari anakku yang leka menggunakannya. Apabila aku menyemak satu persatu fail yang ada, ada satu fail dengan tarikh 10.12.2012 yang memaparkan gambar semasa aku dan keluargaku ke Kuantan dan di situlah letaknya gambar helikopter berkenaan yang telah aku ambil dengan no pendaftaran yang sama 9M-IBG tercatat di ekor helikopter berkenaan. Lihat gambar yang ada di bawah ini :-
Tak pernah aku terfikir bahawa selepas 2 tahun 4 bulan dan 25 hari mengambil gambar bersama helikopter berkenaan, kini hanya tinggal sejarah dan kenangan yang terpahat di dalam Sejarah yang tragis di Malaysia ini. Harapan aku selepas ini, tiada lagi kemalangan udara yang tragis berlaku di Malaysia. Kemalangan jalanraya memang tak leh nak cakap la. Hari-hari ada je. Apa pun aku akan simpan gambar ini sebaik mungkin sebagai kenangan bahawa aku juga mempunyai sejarah dengan pesawat yang malang ini. -Berasa sedih-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan