11 Mac 2015

Diam..... (diam lebih baik dari berkata-kata)

Diam... Bukan bererti ku salah... Bukan bererti ku kalah... Hanya mencari jawapan yang tiada... Diam... Bukan bererti ku marah... Bukan beerti ku resah... Hanya mencari ketenangan di dalam keriuhan... Langit kelabu... Wajah memburu... Jauhkan aku dari mimpimu... Kata-katamu... Menikam kalbu... Hanya untuk kepentingan dirimu... Diam... Haruskah ku terus begini... Membiarkan kau menguasai... Dengan kata-katamu yang tidak pasti... Diam... Haruskah kau mengulangi... memamah hatiku ini... Agar tidak dapat aku berdiri lagi...

21 Januari 2015

Khairul Azmi Bin Md Saad..... Caliph Busker..... Tak ku sangka..

Assalamualaikum semua.. Lama aku tak coretkan apa pun dekat bloq ni.. Rasa tak ada idea yang nak dikongsi.. Tapi lepas menonton persembahan Azmi Saad di pentas AJL29, aku rasa terpanggil untuk menaip di blog ini. Tak ku sangka, begitu jauh Azmi dan kumpulannya Caliph Busker boleh pergi hingga ke pentas AJL kerana di beri kepercayaan oleh Edry KRU. Terima kasih kepada Edry yang berani membawa Caliph Busker untuk bersama-sama MOJO di pentas akhir AJL29 dan seterusnya mendapat tempat sebagai persembahan terbaik dan memang aku tak sangka yang Azmi mempunyai vokal yang amat hebat. Untuk yang mula meminati Azmi dan kumpulan Caliph Busker, memang benar seperti yang tersebar di laman sosial bahawa Azmi Saad adalah anak peneroka Felda Tenggaroh 3 Mersing, Johor. Ayahnya telah meninggal dunia kerana sakit jantung manakala abangnya Khairul Azman anak yang sulong meninggal dunia kerana sakit buah pinggang. Beliau hanya mempunyai 3 orang adik beradik dan kini tinggal hanya dua beraik sahaja. Walau aku sekampung dengan dia, tapi tak banyak yang boleh aku kongsikan pengalaman aku dengan dia kerana dia bersekolah di Johor Bahru di sekolah cacat penglihatan kemudian melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur. Hanya pengalaman yang aku ada dengan dia ialah semasa di terjatuh dari basikal di jalan cerun tepi Warung Salleh (Sekarang kat situ ada kedai Runcit Nurjannah) Lihatlah bawah mata kiri dia ada parut luka tu.. Tu la kesan kerana terjatuh dari basikal sehingga koyak kulit pipi dia dan patah giginya. Beliau terjatuh di depan mata aku pada waktu itu kerana beliau sentiasa ada di kedai jahit ibunya yang juga selang 2 buah dari warung ayah aku. Pernah tengok persembahan dia semasa di rumah Arwah Wak kandar. Tapi dah terlalu lama. Rasanya masa dia bersekolah di Johor Bahru lagi. Kemudian dengar cerita dia bekerja sebagai tukang urut di Kuala Lumpur. Tapi aku tak ambil port sangat la sebab aku pun tak duduk kat Tenggaroh 3. Cuma balik sekali sekala. Namun kini, segalanya dah berubah. Azmi telah jauh melangkah walau dengan kekurangan yang ada pada dirinya dan anggota kumpulannya, namun Allah tetap adil di dalam memberi rezeki kepada setiap hambanya sehingga kadangkala bagi kita yang sempurna ni pun belum tentu mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita. Apapun tahniah buat Azmi. Anda telah membuka mata kami yang celik ni supaya terus berusaha untuk berjaya. Tahniah dari abang wat ko Mie. nanti nak turun KL juga tengok kau Basking kat Sogo tu... Oklah.. Apapun kepada semua penduduk Felda Tenggaroh 3, berilah support kepada mereka di dalam bidang seni yang amat mereka cintai ini. Bolehlah menyaksikan apa saja persembahan mereka di You Tube atas nama Caliph Busker atau boleh melayari Facebook Rasmi mereka juga atas nama yang sama. Felda, apa lagi.. Dulu Mawi.. Kini Azmi.. Semoga Felda akan memberi ruang kepada Azmi sama seperti Mawi dulu.. Sesungguhnya anak-anak Felda memang berbakat..

10 September 2014

Fakta unik tentang emas..

Emas adalah sejenis logam yang amat berharga. Sekarang ini ramai yang berebut membeli dan menyimpan emas sebagai pelaburan jangkamasa panjang. Harga emas tetap stabil. Naik pun kadangkala tak berapa nak tinggi, turun pun rendah je. Masih ada untung la bagi mereka yang ada emas dari zaman dahulu. Percaya atau tidak, masa tahun 2003, harga satu gram emas baru hanya RM49.00. Masa tu aku beli cincin belah rotan 2 gram lebih baru RM140.00 termasuk upah. Cincin merisik. Masa tunang pulak tahun yang sama, aku beli rantai emas 5gram lebih je beratnya dengan harga RM296.00 masa tu kalau tak silap aku. Pada tahun 2005 masa nak nikah, aku beli cincin emas sebentuk yang diikat batu permata tak ingat la masa tu berapa berat dan harganya. Tapi pada Bulan Januari 2006, masa tu aku wat loan Bank Rakyat. Dapat la bersih RM15K. Orang rumah aku sibuk nak gelang tangan. Jadi aku belikan.Tu la last aku belikan dia emas. Pastu tak mampu dah. He.. He.. Gaji dah kecik tolak loan. Masa tu harga emas dah RM79.00segram. berapa banyak naik. emas yang aku beli pun dah jadi RM2,450.00 masa tu dengan berat lebih kurang 28gram lebih termasuk upah tukang seratus lebih. Cuba tengok harga emas sekarang? Hu.. Hu.. Takut.. RM125segram.. Berapa banyak untung o... Kalau jual sudah ada untung. Takpe la.. Tu cerita pasal emas yang ada pada isteri aku. belum mak mertua aku lagi. tahun lepas buat rumah pun, tak cukup duit KWSP yang kuar, g gadai barang kemas dah RM30K tau.. Banyak tak barang kemas diorang? Mak mertua aku cakap, kalau dah ambil semua leh gadai semula wat beli kereta baru pulak.. Aduhai mak, bila masanya nak dapat tebus semula semua tu..? Setahun dah lepas.. masih bayar anak.. dua tahun belum tentu.. entah 5 tahun pun belum tentu dapat ambil.. bayar upah je la kerjanya.. He.. he.. Takpe la.. kita tinggalkan tentang cerita tadi tu. Sekarang aku nak kongsi fakta menarik tentang emas dan leh jadi panduan bagi mereka yang berminat nak membeli emas untuk pelaburan. ialah zaman sekarang ni macam-macam cara nak menipukan..? Jangan sampai terbeli besi yang disalut emas dah la.. Ok.. Bacalah fakta di bawah ini semoga anda akan dapat manfaatnya. 1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas. 2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum) 3. Nombor atom untuk emas adalah 79 4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,barang kemas,hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod. 5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial 6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat. 7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi 8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia. 9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air 10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang. Ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu. 11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties. 12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi. 13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian. 14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik. 15. Emas adalah logam peralihan. 16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain. 17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik. 18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas. 19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905. 20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik. 21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m) 22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent. 23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.(perak,kuprum) 24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:- Kekerasan Kekuatan Sifat kelogaman(metallugical) Suhu lebur Perubahan warna sesuatu kualiti emas. 25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik. 26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red 27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan agen hakisan yang kuat 28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:- Hasilnya adalah logam emas padu. 29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau. 30. Emas sangat tumpat:- 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg 31. Warna emas tulen adalah kuning metalik. 32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55) 33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) 34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak) 35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya. 36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Jumlah emas yang disimpan bank negara = wang yang dicetak 37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia. 38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang. 39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap. 40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing. 41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods. 42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap. 43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999 44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras. 45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k) 46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k) 47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916). 48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat. 49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat. 50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

07 September 2014

Biarku menjadi cahaya itu agar terus menerangi perjalananmu

Wah.. Tajuk.. He.. He.. Ada apa pada tajuk..? Terima kasih kepada mereka yang sudi melayari blog hamba yang tak seberapa ni. Dah setahun lebih tak coretkan apa-apa kat sini. Kadangkala terlupa. Ialah dengan kemajuan teknologi kini, ramai yang menggunakan Muka Buku untuk mendapatkan maklumat. Ye tak..? Lebih-lebih lagi untuk menambah kenalan. Tapi awas, Muka Buku juga leh wat pasangan kekasih selalu bergaduh, yang bertunang putus dan yang dah berkahwin, beranak pinak pun bercerai kerana menemui pakwe dan makwe lama hingga cinta bertaut kembali. Hamba ni nak pesan terutama kat orang perempuan. Kalau dah berkahwin, setialah pada suami. Jujur dan jagalah diri serta kehormatan untuk suami. Ingat, perempuan mudah masuk Syurga tapi paling ramai dalam neraka. Keredhaan seorang suami adalah keredhaan Allah. Kemurkaan seorang suami adalah kemurkaan Allah hinggakan jika tiada keizinan dari suami untuk keluar dari rumah walaupun untuk melawat ayah sendiri yang sedang nazak, berdosa besar seorang isteri itu jatuh derhaka dan malaikat sentiasa melaknatnya sepanjang perjalanan. Ingatlah, seorang wanita itu tidak berhak bertanyakan ke mana suaminya mahu pergi, apa yang suaminya ingin lakukan, suami hanya perlu memberitahu ke mana dia nak pergi dan apa yang dia nak buat untuk pengetahuan isterinya sahaja. Suami tidak perlu meminta kebenaran dan izin dari isteri. Itulah kuasa seorang suami dan yang selalu saya katakan, memang mengundang marah ramai wanita pada saya. He.. He.. Ingatlah, lelaki tidak pernah curang pada wanita dan tiada istilah curang bagi seorang lelaki berbanding wanita. Kenapa? Pelik ke saya cakap macam ni? Ini hanya untuk pengetahuan sahaja. Bukan hendak mencari salah dan silap sesiapa. Nak ulas lebih lanjut? He.. He.. lain kali la. Fikirlah sendiri. Aduh, pening kan..? He.. he.. Tak ada kena mengena ngan tajuk pun. Blog ni ibarat luahan hati sendiri tau. Aku cuma nak beritahu, dalam hidup ini, ada orang yang paling kita sayangi. Kadangkala orang yang kita sayangi itu dah memberi kita peluang namun kita sia-siakan peluang itu hinggalah kita tersedar bila kita kehilangannya. Itulah yang aku alami kini. Namun aku berusaha untuk memenangi semula hatinya dan berharap agar dia memberiku peluang sekali lagi supaya akulah cahaya itu yang akan terus menerangi perjalanannya...

15 Mei 2013

Senarai Kabinet terbaru Malaysia 2013.

Barisan Kabinet Baru Barisan Nasional 2013 Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Razak. Timb Perdana Menteri - Muhyiddin Yassin. Menteri Di JPM - Datuk Seri Jamil Khir Baharom Menteri Di JPM - Datuk Abdul Wahid Omar Menteri Di JPM - Datuk Seri Idris Jala Menteri Di JPM - Tan Sri Joseph Kurup Menteri Di JPM - Datuk Seri Shahidan Kassim Menteri Di JPM - Nancy Shukri Menteri Di JPM - Datuk Paul Low Seng Kuan Menteri Di JPM - Datuk Joseph Entulu. Timb Menteri Di JPM - Datuk Razali Ibrahim Timb Menteri Di JPM - P. Waytha Moorthy. Menteri Kewangan - Datuk Seri Najib Razak Menteri Kewangan 2 - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Timb Menteri Kewangan - Datuk Hj Ahmad Maslan. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Seri G Palanivel Timb Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato' Dr. James Dawos Mamit. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Nazri Aziz Timb Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Dato' Joseph Salang. Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Tengku Adnan Mansor Timb Menteri Wilayah Persekutuan - Dato' Dr Loga Bala Mohan. Menteri Belia dan Sukan - Khairy Jamaluddin Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk M.Saravanan. Menteri Komunikasi dan Media - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Timb Menteri Komunikasi dan Media - Datuk Jailani Johari. Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Anifah Aman Timb Menteri Luar Negeri - Datuk Hamzah Zainuddin. Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Zahid Hamidi Timb Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar. Menteri Pertahanan - Datuk Seri Hishamuddin Hussein Timb Menteri Pertahanan - Datuk Abd Rahim Bakri. Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi - Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi 2 - Datuk Seri Idris Jusoh Timb Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi - P.Kamalanathan Timb Mneteri Pelajaran & Pengajian Tinggi - Datuk Mary Yap Kain Ching. Menteri Pertanian Industri Asas Tani - Datuk Seri Ismail Sabri Timb Menteri Pertanian Industri Asas Tani - Datuk Tajuddin Abdul Rahman. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rohani Karim Timb Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun. Menteri Sumber Manusia - Datuk Richard Riot Timb Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Ismail Haji Abd Mutalib. Menteri Kesihatan - Datuk S.Subramaniam Timb Menteri Kesihatan - Dato' Seri Dr. Hilmi Haji Yahya. Menteri Kerja Raya - Datuk Haji Fadillah Yusof Timb Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah Sirlin. Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri - Datuk Mustapa Mohamed Timb Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri - Ir Haji Hamim Samuri. Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Shafie Apdal Timb Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Alexander Nanta Linggi. Menteri Komoditi Dan Perladangan - Datuk Seri Douglas Uggah Embas Timb Menteri Komoditi Dan Perladangan - Noriah binti Kasnon. Menteri Pengangkutan - (Memangku) Datuk Seri Hishamuddin Hussein Timb Menteri Pengangkutan - Datuk Abd Aziz Kaprawi. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili Timb Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato' Seri Mahdzir Khalid. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Iwon Ebin Timb Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dr. Abu Bakar Mohamad Diah. Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna - Dato' Haji Hasan bin Malek Timb Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna - Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abdul Rahman Dahlan Timb Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah Sadique. =Apa pun tahniah kepada yang terpilih dan yang tidak terpilih mungkin lain kali anda akan terpilih. Semoga anda semua akan terus memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat. Jujur, ikhlas dan amanah di dalam segala urusan. Hidup Barisan Nasional=