15 Mei 2013

Senarai Kabinet terbaru Malaysia 2013.

Barisan Kabinet Baru Barisan Nasional 2013 Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Razak. Timb Perdana Menteri - Muhyiddin Yassin. Menteri Di JPM - Datuk Seri Jamil Khir Baharom Menteri Di JPM - Datuk Abdul Wahid Omar Menteri Di JPM - Datuk Seri Idris Jala Menteri Di JPM - Tan Sri Joseph Kurup Menteri Di JPM - Datuk Seri Shahidan Kassim Menteri Di JPM - Nancy Shukri Menteri Di JPM - Datuk Paul Low Seng Kuan Menteri Di JPM - Datuk Joseph Entulu. Timb Menteri Di JPM - Datuk Razali Ibrahim Timb Menteri Di JPM - P. Waytha Moorthy. Menteri Kewangan - Datuk Seri Najib Razak Menteri Kewangan 2 - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Timb Menteri Kewangan - Datuk Hj Ahmad Maslan. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Seri G Palanivel Timb Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato' Dr. James Dawos Mamit. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Nazri Aziz Timb Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Dato' Joseph Salang. Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Tengku Adnan Mansor Timb Menteri Wilayah Persekutuan - Dato' Dr Loga Bala Mohan. Menteri Belia dan Sukan - Khairy Jamaluddin Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk M.Saravanan. Menteri Komunikasi dan Media - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Timb Menteri Komunikasi dan Media - Datuk Jailani Johari. Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Anifah Aman Timb Menteri Luar Negeri - Datuk Hamzah Zainuddin. Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Zahid Hamidi Timb Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar. Menteri Pertahanan - Datuk Seri Hishamuddin Hussein Timb Menteri Pertahanan - Datuk Abd Rahim Bakri. Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi - Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi 2 - Datuk Seri Idris Jusoh Timb Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi - P.Kamalanathan Timb Mneteri Pelajaran & Pengajian Tinggi - Datuk Mary Yap Kain Ching. Menteri Pertanian Industri Asas Tani - Datuk Seri Ismail Sabri Timb Menteri Pertanian Industri Asas Tani - Datuk Tajuddin Abdul Rahman. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rohani Karim Timb Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun. Menteri Sumber Manusia - Datuk Richard Riot Timb Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Ismail Haji Abd Mutalib. Menteri Kesihatan - Datuk S.Subramaniam Timb Menteri Kesihatan - Dato' Seri Dr. Hilmi Haji Yahya. Menteri Kerja Raya - Datuk Haji Fadillah Yusof Timb Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah Sirlin. Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri - Datuk Mustapa Mohamed Timb Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri - Ir Haji Hamim Samuri. Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Shafie Apdal Timb Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Alexander Nanta Linggi. Menteri Komoditi Dan Perladangan - Datuk Seri Douglas Uggah Embas Timb Menteri Komoditi Dan Perladangan - Noriah binti Kasnon. Menteri Pengangkutan - (Memangku) Datuk Seri Hishamuddin Hussein Timb Menteri Pengangkutan - Datuk Abd Aziz Kaprawi. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili Timb Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato' Seri Mahdzir Khalid. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Iwon Ebin Timb Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dr. Abu Bakar Mohamad Diah. Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna - Dato' Haji Hasan bin Malek Timb Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna - Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abdul Rahman Dahlan Timb Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah Sadique. =Apa pun tahniah kepada yang terpilih dan yang tidak terpilih mungkin lain kali anda akan terpilih. Semoga anda semua akan terus memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat. Jujur, ikhlas dan amanah di dalam segala urusan. Hidup Barisan Nasional=

17 Disember 2012

Piramid Di Lautan Jepun dan Hubungannya Dengan Bangsa Melayu...

Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah : mata, batu dan air. Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah :tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu. Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'. Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi. MISTERI GEN BANGSA MELAYU Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah. Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah. Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu. Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan! Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama. MELAYU - THE LOST TRIBE Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir. Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba. 'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaumAinu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin. Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini). 'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis. Imbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka : ada yang digelar tanah penghujung dunia, ada yang digelar Semenanjung Emas, ada yang digelar Survana Bumi, ada yang digelar Golden Chersonese, Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat. Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalayakekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya. Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini. Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini. Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari : UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting) TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor) TIMUR (funan, okinawa, sulu,) SELATAN (sumatera, riau, jawa) Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu. MELAYU DAN YAHUDI Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu : 1. Reuben 2. Simeon 3. Levi 4. Judah 5. Issachar 6. Zebulun 7. Dan 8. Naphtali 9. Gad 10. Asher 11. Joseph 12. Benjamin Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region. Wallahualam...

13 November 2012

Sekadar merenung kenangan.....

Assalamualaikum... Salam satu Malaysia... Sudah lama aku tak update blog ni.. Almaklumlah busy sangat2.. kadang2 lupa juga yang aku ni ada blog sendiri. Pada hari khamis yang lepas, 08/11/2012 aku telah diberitahu oleh kawan sekerjaku yang juga budak Tenggaroh 3, Shaiful Fahmi Bin Ahmad bahawa pada malam 07/11/2012 Encik Salleh Bin Kordi dan juga isteri keduanya Cik Ana No 19, Blok 2 Felda Tenggaroh 3, telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan jalanraya di Felda Tenggaroh 2. Innalillahiwainnailahirajiun... Dari Allah kita datang, kepadanya kita kembali.. Takziah aku ucapkan kepada Ayu dan juga Ariff di atas pemergian mereka kerana Allah s.w.t lebih menyayangi mereka. Kini mereka menjadi anak Yatim Piatu dan aku berharap agar masyarakat sekitar dapat mengambil berat akan keadaan mereka lebih-lebih lagi Ayu yang dikhabarkan mempunyai penyakit misteri. Aku masih ingat lagi.. Kalau tak silap aku la dalam awal bulan 10, aku berjumpa dengan pasangan ini sedang menjamu selera di sebuah kedai makan di Mersing yang secara kebetulan aku sekeluarga juga ingin menjamu selera di tempat itu. Mereka begitu mesra dan mendukung anakku serta mensedekahkan duit sebanyak RM10 kepada anakku itu serta Allahyarhamah cik Ana berkata yang dia tidak pernah melihat anakku dan itu kali pertama dia melihatnya dan tidakku sangka itu juga adalah kali terakhir dia melihat anakku dan juga aku... Aku amat mengenali kedua-dua individu tersebut.. Allahyarham Encik Salleh Bin Kordi tidak asing lagi padaku kerana aku mengenali beliau sejak dari tahun 2006 lagi apabila beliau meminjam dengan pihak TEKUN dan pinjaman itu diurus olehku.. malah beliau sering menghubungiku apabila berada di mersing dan juga apabila memasang kepuk nisan di sekitar daerah Mersing dan juga Endau manakala Allahyarhamah cik Ana pulak... Aku kenali sejak dari aku kanak-kanak hingga la sekarang. Beliau seorang yang berbudi bahasa dan tutur katanya lemah lembut serta seorang yang tidak mudah marah.. Bila Amy khabarkan berita itu, aku sangat-sangat terkejut dan untuk kepastian aku menghubungi mak aku dan beliau mengiyakan berita tersebut.. Semoga mereka berdua aman di sana dan di tempatkan dikalangan hamba Allah yang beriman... Amin Ya Rabbal Alamin..

23 Februari 2012

Tahun 2012..... Susah dan senang tetap bersama.....

Hai... Hai... Hai... Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...

Apa khabar semua....? Dah lama tak update blog ni... Tahun 2012 nak kata tahun yang cemerlang bagi aku... Belum jumpa lagi kecemerlangannya... Tapi aku dapat anak sedara lagi seorang... Tahniah pada adik bongsu aku Intan... Terima kasih juga kepada my love yang dah pilih hadiah yang cantik untuk anak intan... Bila hitung-hitung... Wah... Sudah ada 20 orang wooo anak sedara aku... Apa pun terlebih dahulu aku nak ucapkan tahniah pada mak aku Sitti Mariam yang menyambut birthdaynya yang ke 60 tahun pada 17/02/2012 yang lalu... Aku memang anak yang degil, nakal dan tak mendengar kata. Namun aku sayang sangat-sangat kat mak aku dan terima kasih kepada Abang Ipar aku yang belanja makan besar kat Sedili... Tapi sayang, tak semua dapat ikut... Angah dan Rio tak dapat join... Tapi tak apa... Bulan 6 nanti harap-harap semua ada... Tapi selalu aku yang tak ada... He.. He.. Apa pun aku harap tahun ni aku dapat sambut Family Day itu yang akan diadakan di Teluk Gorek...

Ok... Tu kisah aku la dalam bulan 2 ni... Hari ahad 19/02/2012 telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Felda Malaysia Cawangan Tenggaroh 3. Aku pun turut menyertainya dan Tahniah kepada Halmuliadi yang berjaya mengekalkan jawatannya sebagai pengerusi dan juga tahniah kepada Wan Asri yang telah dipilih menjadi Naib Pengerusi MBFM kita serta barisan AJK yang baru semoga tahun ini akan banyak lagi program yang dijalankan dan dapat menarik minat anak-anak muda untuk dekat dengan dan mendaftar sebagai ahli Belia MBFM Tenggaroh 3. Dikesempatan ini juga aku ingin menasihatkan kepada mereka yang telahpun berumur 21 tahun, daftarlah sebagai pengundi... Untuk pengetahuan semua, bangsa kita terlalu jauh ketinggalan di dalam mendaftar sebagai pengundi berbanding bangsa lain terutama kaum cina yang terus mendaftar sebagai pengundi apabila umur mereka genap 21 tahun... Mendaftar sebagai pengundi memang tidak wajib tetapi mendaftar sebagai pengundi amat penting untuk kita memilih kerajaan... Sedarlah dan bangunlah anak bangsaku... Daftarlah sebagia pengundi apabila umur dah mencapai 21 tahun... Kalau kita tidak berminat di dalam politik, tak berminat nak jadi ahli pada mana-mana parti politik sekalipun, tetapi daftarlah mengundi kerana ia tiada kena mengena langsung dengan politik... Mengundi adalah hak kita, rahsia kita... Oleh itu, sekali lagi diingatkan, daftarlah sebagai pengundi terutama adik-adikku anak-anak Peneroka Felda Tenggaroh 3 yang telah berumur 21 tahun... Oleh itu, fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah...

12 Ogos 2011

Salam ramadan....

Alhamdulilah...

Hari ni dah 12 hari umat islam berpuasa. Pejam celik... Pejam celik... dah 12 hari dah puasa... Rasanya masih sempat aku mengucapkan Selamat Bulan Ramadan dan Selamat berpuasa kepada semua umat islam seluruh dunia terutamanya kepada semua penduduk Felda Tenggaroh 3 dan kepada keluargaku di sana serta kepada dia yang aku sayangi....

12 Julai 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulilah... Pejam celik pejam celik 01/07/2011 yang lalu dah setahun aku bekerja di Bandar Penawar ni. Suka duka, tawa nangis semua ada. Susah payah aku kat sini, biarlah aku yang rasa. Aku bahagia bekerja di sini. Bebas dari segala masalah yang membelenggu... Oklah, kita beralih pula kepada apa yang terjadi semasa hari Sabtu 9/07/11 yang lalu. Rusuhan yang telah menyusahkan banyak pihak terutama peniaga. Mari kita semak. Bangsa apa yang paling ramai mengikut rusuhan tersebut? Jawapannya? Tentulah melayu. Inilah melayu yang tak tahu berterima kasih kepada kerajaan dan tidak menghormati yang dipertuan agong dan yang paling menjijikkan, mereka adalah melayu yang berada di tapak kaki Datuk Ambiga... Yang telah mengikut telunjuk Datuk Ambiga yang merupakan pengerusi BERSIH. Ke mana hilangnya maruah mereka ini? Mengikut telunjuk seorang orang bukan melayu? Ke mana hilangnya kewarasan pikiran melayu-melayu ini? Tidak menghormati Yang di Pertuan Agong tapi menghormati Datuk Ambiga... Marilah kita renung-renungkannya bersama. Kembalilah kepada asas rukunegara kita.

> Kepercayaan kepada Tuhan
> Kesetiaan kepada raja dan negara
> Keluhuran perlembagaan
> Kedaulatan undang-undang
> Kesopanan dan kesusilaan

Mereka yang mengadakan demonstarasi ini, saya boleh katakan mereka tidak percaya kepada Tuhan. Kenapa saya katakan begitu? Sebab mereka tidak menerima Qada dan Qadar Allah akan apa yang telah ditentukannya. Mereka kalah dalam pilihanraya, itu adalah kerana dengan izin Allah dan jika mereka menang itu juga dengan keizinan Allah. Sepatutnya mereka tidak perlu berdemonstrasi kerana dengan sikap mereka itu, telah menyusahkan orang lain dan Allah s.w.t tidak suka akan hambanya yang suka menyusahkan orang lain. Jika mereka tak puashati dengan kerajaan yang ada, mereka perlu buktikan janji-janji mereka dulu di negeri-negeri yang mereka kuasai. Mereka perlu sedar, jika negara ini memang dengan izin Allah milik pembangkang, tetap milik pembangkang. Jika bukan milik pembangkang, itu adalah kerana dengan ketentuan Allah juga. Apabila mereka melakukan demonstrasi, adakah mereka ini percaya kepada Tuhan? Tidak... Kerana mereka tidak mahu bersyukur atas nikmat keamanan negara ini yang mereka kecapi bersama juga kerana kepintaran dan kebijaksanaan pemimpin yang ada.

Mereka yang mengikuti demonstrasi ini juga adalah mereka yang tidak setia kepada raja dan negara. Ini kerana telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan juga Sultan Selangor supaya tidak mengadakan demonstasi ini, tapi diadakan juga. Jika kata-kata Seri paduka Baginda Yang Dipertuan agung dan juga Titah Sultan Selangor mereka tidak hormati, bagaimana dengan suara pemimpin yang lain? Jika mereka tidak menghormati Seri paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, bermakna mereka tidak menghormati negara ini dan mereka ini tidak setia kepada raja dan negara.

Mereka yang mengikuti demonstrasi ini juga tidak menghormati perlembagaan negara yang ada. Mereka suka-suka buat apa saja yang mereka rasa mereka ingin lakukan. Mereka juga telah melanggar undang-undang negara kerana mereka tidak mahu mendengar kata-kata dan ingatan pihak Polis supaya tidak mengikuti demonstrasi tersebut. Mereka ini tidak mendaulatkan undang-undang apabila mengikut gerak hati mereka sendiri. Mereka yang terlibat di dalam perhimpunan bersih ini juga tidak mempunyai kesopanan dan kesusilaan apabila terjerit-jerit, meraung-raung menyatakan rasa ketidak puashatian kepada kerajaan. Berhimpit-himpit di dalam kesesakan antara lelaki dan wanita. Inilah Pembangkang. Yang cuba buat apa saja supaya rakyat membenci kerajaan yang ada sekarang ni dan supaya negara ini diperintah oleh mereka yang boleh dijadikan kuda tungangan pihak luar. sedarlah bahawa bangsa-bangsaku, tanah ini tanah air kita. Milik kita. Jangan kerana kesilapan kita, anak cucu kita menjadi mangsa kelak. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah...

13 Jun 2011

PAS... Dalam dilema...

Setelah tamat muktamar PAS ke 57, banyak kepincangan telah berlaku baik di dalam atau pun di luar PAS. Apa yang pasti, kemenangan pada kali ini banyak berpihak kepada golongan profesional berbanding ulama. Golongan profesional inilah yang telah banyak memesongkan pegangan PAS dari ingin menjadikan Malaysia sebuah negara islam ke negara kebajikan jika menang pilihanraya ke-13 nanti. Golongan profesional ini adalah golongan yang masuk ke dalam PAS menjadi ahli PAS tapi jiwa mereka tidak bersama PAS. Jiwa mereka ada bersama Anwar Bin Ibrahim dan percayalah di dalam muktamar kali ini, semua kemenangan profesional itu telah disusun rapi oleh Anwar Bin Ibrahim demi memastikan golongan ulama ditolak di dalam PAS bagi menjaga hubungan baik Pakatan Rakyat antara PAS, DAP dan PKR yang mana DAP secara terang-terangan menolak negara islam yang dicadangkan oleh PAS sehinggakan pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan jika inginkan penubuhan negara islam, langkah mayatnya dulu. Apakah ahli-ahli PAS selama ini tidak sedar bahawa PAS hanya dipergunakan di dalam pakatan Rakyat demi mencapai cita-cita kotor DAP dan PKR? Ada ahli PAS yang berkata PAS hanya mempergunakan DAP dan PKR tapi hakikat sebenarnya PAS yang telah dipergunakan oleh DAP dan PKR. Bukalah mata seluas-luasnya wahai ahli PAS. Jangan terlalu Taksub dengan pemimpin anda. Bukalah minda anda... Jangan dikuncupkan minda anda dengan hanya memikirkan akan kebenaran yang di bawa oleh Pemimpin PAS. Kepada ahli-ahli PAS, cubalah anda fikirkan kini, ke mana hala tuju PAS yang sebenarnya sekarang? Cubalah anda renungkan kembali, di mana ketelusan pemimpin-pemimpin PAS ingin menubuhkan negara islam dan melaksanakan hukum hudud jika dapat memerintah Malaysia? Apakah yang telah berlaku kini? Kenapa setelah mengkafirkan UMNO yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara ini, kini PAS perlu menjilat semula kata-kata yang dilemparkan dulu dengan bekerjasama bersama DAP? Berpeluk dan bersalam jika bertemu. Apa sudah jadi? Mungkin bagi ahli PAS yang masih mentah dan baru di dalam politik, tidak tahu akan hal ini. Namun bagi ahli PAS yang telah veteran, mereka tahu akan hal kafir-mengkafir ini. Pada veteran-veteran PAS, sedarkanlah anak-anak muda yang ada di dalam PAS sebelum terlambat. Mereka orang muda. Berdarah muda. Jika darah mereka sudah mendidih, mereka akan lakukan apa saja. Adakah anda semua mahu melihat peristiwa memali terjadi lagi? Adakah anda ingin lihat anak-anak muda ini mengadaikan nyawa mereka hanya kerana beranggapan menyokong, menjadi ahli PAS masuk syurga dan bila menentang UMNO jika mati adalah mati syahid? Tidak ingatkah anda semua apa yang terjadi apabila amanat Haji Hadi dipegang teguh oleh Ibrahim Libya sehingga mereka menentang kerajaan? Jika anda semua sudah lupa, saya ingatkan kembali amanat tersebut. Inilah amanat Haji Hadi sehingga membawa kepada peristiwa Memali :-

"Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Inilah amanat dari Haji Hadi kerana ingin menubuhkan negara islam di bumi Malaysia tercinta ini. Namun kenapa kini, dari negara islam berubah menjadi negara kebajikan? Tidakkah sia-sia pengorbanan Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya yang mati semasa menentang kerajaan demi sebuah negara islam yang ingin ditubuhkan oleh PAS? Sedarlah pengikut-pengikut PAS dari lena yang panjang. PAS hanya menunduk kepada kemahuan DAP dan PKR. Kalau PAS tak mahu bersekutu dengan UMNO sekalipun, keluarlah dari Pakatan Rakyat dan jadilah diri PAS yang sebenar yang tidak mengikut telunjuk orang lain dan jangan berada di dalam dilema wahai pemimpin-pemimpin PAS. Anda semua yang berada di dalam PAS adalah islam. Saya yang berada di dalam UMNO juga islam. Bukankah kita bersaudara? Cukuplah pegangan kita kepada rukun islam dan rukun iman. InsyaAllah jika kita berpegang teguh kepada keduanya, kita akan menjadi muslim yang sejati dan diredhai oleh Allah dunia dan akhirat. Insyaallah. Semoga apa yang saya coretkan ini akan dapat direnungi dan difikirkan bersama-sama. Bukan niat ingin menghentam PAS cuma ingin meyedarkan anda semua ahli-ahli PAS betapa takutnya PAS dengan DAP pada waktu ini.