31 Mei 2010

errmmm.....

Hari ni dah 4 hari mak dimasukkan ke Hospital akibat kencing manis dia yang tak boleh dibaca dan bisul yang besar tumbuh di belakang badannya. Apapun aku berdoa semoga mak akan cepat sembuh. esok 01/06/2010, birthday Rio yang ke 29 tahun. Semoga di tahun ini, dia akan dikurniakan anak. lusa 02/06/2010, birthday ayah yang ke 63 tahun. Tapi aku dapat rasakan kesedihan ayah. Ialah, mak masuk hospital. Aku doakan semoga ayah akan sentiasa sukses, dipanjangkan umur dan ditambahkan serta dicukupkan segala rezeki. Semoga segala cita-cita dan impiannya akan termakbul. InsyaAllah. Hari ni pun dah masuk 31/05/2010. Aku belum lagi bersedia untuk buat mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan. Minit pun tak siap lagi. Kerja makin bertambah. Kadang2 pening memikirkan hal kerja ni. Tapi apa nak buat, dah namanya kerja.. dibayar gaji untuk bekerja. errmmm.. entahlah.. mood aku tengah baik hari ni, dah dirosakkan. pening2. bengang pun ada. apa pun, aku nak kongsi dengan korang semua. Kadangkala aku pelik. Kenapa anak2 melayu je yang merempit? Yang langgar undang2 jalanraya. Nak langgar pegawai polis. Sanggup mengadai nyawa di jalanraya. Mana pergi anak2 bangsa lain? Diorang takde nak tunjuk hero. Nak merempit-merempit ni. sebab diorang mencari duit. membina empayar perniagaan diorang sendiri. Berbeza betul pemikiran anak-anak melayu. Nak jadi jaguh dijalanraya. Bikin motor kasi power nak berlumba. Nak tunjuk hero. Bikin motor pulak kat bengkel orang bukan melayu. Orang bukan melayu tu ketawa je suke. Biar anak-anak melayu mati katak kat jalanraya. Sedarkah kita wahai anak-anak melayu bahawasanya kita ni dah ketinggalan. Jauh ketinggalan. Kepada anak-anak muda, lupakanlah hal merempit di jalanraya ni. Lupakanlah hiburan-hiburan yang melekakan. zaman sekarang ni, zaman kita mencari rezeki tanpa mengabaikan segala suruhan dan tuntutan Allah s.w.t. Jika semuanya sudah dikuasai oleh bangsa lain..? ke mana kita akan pergi di bumi bertuah ini..? Fikirkanlah.

17 Mei 2010

Pilihanraya Kecil Sibu

Semalam berakhirnya pilihanraya kecil Sibu. BN telah menerima kekalahan di tangan DAP. Rakyat di parlimen Sibu menolak pembangunan di kawasan mereka dengan mengenepikan BN pada pilihanraya itu. Keputusan pilihanraya apabila memihak pada pihak Pakatan Rakyat, barulah mereka mengeluarkan kenyataan yang SPR satu badan yang telus. Bukti rakyat mula menerima mereka. Tapi kalau kalah? Mulalah salahkan pihak SPR. Nak bawa ke mahkamah untuk diadakan pilihanraya semula. Cakap yang pengundi di kawasan terbabit menerima duit sogokan dari pihak BN dan macam-macam lagi alasan bila kalah. Itulah sikap Pakatan Rakyat yang hanya inginkan kuasa sahaja dan tidak mementingkan pembangunan di kawasan masing-masing. Tidak mementingkan keluhan rakyat. Hanya kuasa sahaja yang menjadi kepentingan mereka. Menindas sesuatu kaum bila berkuasa seperti terjadi di Pulau Pinang. Semua kerana silap rakyat yang salah memilih. Pengaruh Pakatan Rakyat pada pengundi muda juga menjejaskan kemenangan BN. Ingatlah wahai pengundi-pengundi muda, jangan ikutkan hati dan perasaan. Pilihlah wakil dari pihak yang memang sudah terbukti berbakti kepada kita selama ini. fikirkanlah keamanan yang kita kecapi, kebahagian yang kita dapati, bebas melakukan apa saja di bumi bertuah bernama Malaysia ini tanpa takut diserang dan tiada rusuhan yang berlaku seperti di negara jiran dan di mana-mana negara yang miskin. Berterima kasih kepada pemimpin BN yang telah memajukan negara demi kesenangan kita semua. Bersyukur kepada Allah kerana kita dilahirkan dan dihidupkan serta di besarkan di negara bernama Malaysia ini. Alhamdulilah... Kepada pengundi muda, pilihlah calon yang terbaik pada PRU13 nanti dan semestinya calon itu adalah dari BN (Barisan Nasional)

14 Mei 2010

Berita mengenai Allahyarham Encik Kassim Bin Ahmad dan Isteri

Perit terima hakikat ibu bapa mati serentak


2010/01/11 MERSING: Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian jenazah sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan jalan raya, Jumaat lalu di Kilometer 5, Jalan Felda Gugusan Tenggaroh-Tanjung Leman dekat sini, kelmarin.

Lebih 200 sanak-saudara dan kenalan mengiringi jenazah Ahmad Kasim, 57, dan isteri, Razimah Mohd Yasa, 51, selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Felda Tenggaroh 3 ke Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh untuk dikebumikan, kira-kira jam 2.30 petang.

Anak kedua pasangan itu, Mohd Kamal Ahmad, 31, berkata keluarganya masih diselubungi kesedihan dan terkejut dengan kejadian yang meragut nyawa kedua-dua insan tersayang itu.

Katanya, dia bersama tujuh adik-beradik lain menerima pemergian ibu bapa mereka, tetapi menyifatkan kehilangan itu sebagai sesuatu yang begitu perit, apatah lagi berlaku serentak.

“Kini saya dan abang sulung terpaksa mengambil alih tugas sebagai bapa dan ibu kepada adik-adik lain. Kami mungkin memerlukan masa lama untuk menerima keadaan ini,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, pasangan terbabit maut selepas Perodua Kancil dinaiki bersama dua anak mereka bertembung sebuah Proton Iswara ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Tenggaroh 3.

Akibat rempuhan kuat itu, Ahmad meninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit di tempat duduk pemandu manakala isterinya meninggal dunia empat jam kemudian di Hospital Mersing.



Anak perempuan mereka, Nohidayah, 10, patah tangan kanan dan Norhayati, 20, pula patah tulang pinggul dan paha kiri manakala pemandu Proton Iswara dikenali sebagai Mohd Norzairi Zubahri, 18, pula cedera parah di kepala.

Sementara itu, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Tenggaroh 3, Madon Hamid, 53, berkata dia kehilangan rakan karib yang banyak membantunya dalam kerja kebajikan di tanah rancangan berkenaan.

Katanya, arwah suka menolong orang dalam kesusahan dan tidak pernah melepaskan peluang mengambil bahagian dalam kerja amal di tanah rancangan itu.

“Saya berjanji menjaga kebajikan anak arwah kerana itu tanggungjawab saya sebagai ketua di tanah rancangan ini,” katanya.

Mengenai Tenggaroh 3

Tenggaroh 3

Tenggaroh 3 merupakan sebuah kampung (FELDA) yang terletak di Mersing, Johor. FELDA Tenggaroh 03 mula dibuka pada 1988 dan seramai 191 orang peneroka telah menyertai rancangan tersebut. Penempatan penduduk di kawasan FELDA mempunyai pola tersusun di mana setiap rumah dibina bersebelahan dan berada dalam satu kelompok yang dipanggil blok. Kediaman asal para penduduk dibina daripada kayu dan semua rumah mempunyai reka bentuk yang sama.

Bilangan penduduk FELDA Tenggaroh 03 dianggarkan berjumlah lebih kurang 1,700 orang termasuklah golongan peneroka, kakitangan FELDA, kakitangan Kilang Sawit Tenggaroh Timur, guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Tenggaroh 03 serta Sekolah Agama Felda Tenggaroh 03. Kesemua penduduk berbangsa Melayu dan kebanyakan daripada mereka berasal daripada beberapa daerah di negeri Johor seperti Mersing, Pontian dan Batu Pahat.

Kesemua peneroka FELDA Tenggaroh 03 bekerja di ladang kelapa sawit dan mereka juga melakukan pelbagai aktiviti ekonomi sampingan seperti menternak ikan, lembu dan bertani bagi menambah pendapatan. Penternakan lembu dilakukan di ladang kelapa sawit dan lazimnya dibiarkan berkeliaran secara bebas di kawasan tersebut.

03 Mei 2010

Penat memancing tapi alhamdulilah berbaloi.....

Assalamualaikum...

Semalam aku pergi masuk pertandingan memancing lagi dengan harapan dapat RM20,000.00 hadiah pertama pertandingan. Tapi adat bertanding. Ada yang menang ada yang kalah. Tu semua rezeki Allah s.w.t

Memang seronoklah... 5 jam menunggu rezeki... tapi dapat juga tau 12 ekor ikan. Anak ikan gelama... Tak masuk rangking... Ringan sangat... Tapi apapun aku dapat hadiah cabutan bertuah sebuah mesin memancing dengan sebuah basikal. Alhamdulilah. Balik modal juga...

Ahad ni 09 Mei 2010 ada lagi. Aku bertawakal pada Allah mudah-mudahan ada rezeki kali ini walau pun tempat ke70... Aku juga tawakal agar dapat hadiah cabutan motor...

Oklah. nanti aku coret lagi. takde idea.