13 November 2012
Sekadar merenung kenangan.....
Assalamualaikum... Salam satu Malaysia...
Sudah lama aku tak update blog ni.. Almaklumlah busy sangat2.. kadang2 lupa juga yang aku ni ada blog sendiri. Pada hari khamis yang lepas, 08/11/2012 aku telah diberitahu oleh kawan sekerjaku yang juga budak Tenggaroh 3, Shaiful Fahmi Bin Ahmad bahawa pada malam 07/11/2012 Encik Salleh Bin Kordi dan juga isteri keduanya Cik Ana No 19, Blok 2 Felda Tenggaroh 3, telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan jalanraya di Felda Tenggaroh 2. Innalillahiwainnailahirajiun... Dari Allah kita datang, kepadanya kita kembali.. Takziah aku ucapkan kepada Ayu dan juga Ariff di atas pemergian mereka kerana Allah s.w.t lebih menyayangi mereka. Kini mereka menjadi anak Yatim Piatu dan aku berharap agar masyarakat sekitar dapat mengambil berat akan keadaan mereka lebih-lebih lagi Ayu yang dikhabarkan mempunyai penyakit misteri. Aku masih ingat lagi.. Kalau tak silap aku la dalam awal bulan 10, aku berjumpa dengan pasangan ini sedang menjamu selera di sebuah kedai makan di Mersing yang secara kebetulan aku sekeluarga juga ingin menjamu selera di tempat itu. Mereka begitu mesra dan mendukung anakku serta mensedekahkan duit sebanyak RM10 kepada anakku itu serta Allahyarhamah cik Ana berkata yang dia tidak pernah melihat anakku dan itu kali pertama dia melihatnya dan tidakku sangka itu juga adalah kali terakhir dia melihat anakku dan juga aku... Aku amat mengenali kedua-dua individu tersebut.. Allahyarham Encik Salleh Bin Kordi tidak asing lagi padaku kerana aku mengenali beliau sejak dari tahun 2006 lagi apabila beliau meminjam dengan pihak TEKUN dan pinjaman itu diurus olehku.. malah beliau sering menghubungiku apabila berada di mersing dan juga apabila memasang kepuk nisan di sekitar daerah Mersing dan juga Endau manakala Allahyarhamah cik Ana pulak... Aku kenali sejak dari aku kanak-kanak hingga la sekarang. Beliau seorang yang berbudi bahasa dan tutur katanya lemah lembut serta seorang yang tidak mudah marah.. Bila Amy khabarkan berita itu, aku sangat-sangat terkejut dan untuk kepastian aku menghubungi mak aku dan beliau mengiyakan berita tersebut.. Semoga mereka berdua aman di sana dan di tempatkan dikalangan hamba Allah yang beriman... Amin Ya Rabbal Alamin..
23 Februari 2012
Tahun 2012..... Susah dan senang tetap bersama.....
Hai... Hai... Hai... Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...
Apa khabar semua....? Dah lama tak update blog ni... Tahun 2012 nak kata tahun yang cemerlang bagi aku... Belum jumpa lagi kecemerlangannya... Tapi aku dapat anak sedara lagi seorang... Tahniah pada adik bongsu aku Intan... Terima kasih juga kepada my love yang dah pilih hadiah yang cantik untuk anak intan... Bila hitung-hitung... Wah... Sudah ada 20 orang wooo anak sedara aku... Apa pun terlebih dahulu aku nak ucapkan tahniah pada mak aku Sitti Mariam yang menyambut birthdaynya yang ke 60 tahun pada 17/02/2012 yang lalu... Aku memang anak yang degil, nakal dan tak mendengar kata. Namun aku sayang sangat-sangat kat mak aku dan terima kasih kepada Abang Ipar aku yang belanja makan besar kat Sedili... Tapi sayang, tak semua dapat ikut... Angah dan Rio tak dapat join... Tapi tak apa... Bulan 6 nanti harap-harap semua ada... Tapi selalu aku yang tak ada... He.. He.. Apa pun aku harap tahun ni aku dapat sambut Family Day itu yang akan diadakan di Teluk Gorek...
Ok... Tu kisah aku la dalam bulan 2 ni... Hari ahad 19/02/2012 telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Felda Malaysia Cawangan Tenggaroh 3. Aku pun turut menyertainya dan Tahniah kepada Halmuliadi yang berjaya mengekalkan jawatannya sebagai pengerusi dan juga tahniah kepada Wan Asri yang telah dipilih menjadi Naib Pengerusi MBFM kita serta barisan AJK yang baru semoga tahun ini akan banyak lagi program yang dijalankan dan dapat menarik minat anak-anak muda untuk dekat dengan dan mendaftar sebagai ahli Belia MBFM Tenggaroh 3. Dikesempatan ini juga aku ingin menasihatkan kepada mereka yang telahpun berumur 21 tahun, daftarlah sebagai pengundi... Untuk pengetahuan semua, bangsa kita terlalu jauh ketinggalan di dalam mendaftar sebagai pengundi berbanding bangsa lain terutama kaum cina yang terus mendaftar sebagai pengundi apabila umur mereka genap 21 tahun... Mendaftar sebagai pengundi memang tidak wajib tetapi mendaftar sebagai pengundi amat penting untuk kita memilih kerajaan... Sedarlah dan bangunlah anak bangsaku... Daftarlah sebagia pengundi apabila umur dah mencapai 21 tahun... Kalau kita tidak berminat di dalam politik, tak berminat nak jadi ahli pada mana-mana parti politik sekalipun, tetapi daftarlah mengundi kerana ia tiada kena mengena langsung dengan politik... Mengundi adalah hak kita, rahsia kita... Oleh itu, sekali lagi diingatkan, daftarlah sebagai pengundi terutama adik-adikku anak-anak Peneroka Felda Tenggaroh 3 yang telah berumur 21 tahun... Oleh itu, fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah...

12 Ogos 2011
Salam ramadan....
Alhamdulilah...
Hari ni dah 12 hari umat islam berpuasa. Pejam celik... Pejam celik... dah 12 hari dah puasa... Rasanya masih sempat aku mengucapkan Selamat Bulan Ramadan dan Selamat berpuasa kepada semua umat islam seluruh dunia terutamanya kepada semua penduduk Felda Tenggaroh 3 dan kepada keluargaku di sana serta kepada dia yang aku sayangi....

12 Julai 2011
Assalamualaikum...
Alhamdulilah... Pejam celik pejam celik 01/07/2011 yang lalu dah setahun aku bekerja di Bandar Penawar ni. Suka duka, tawa nangis semua ada. Susah payah aku kat sini, biarlah aku yang rasa. Aku bahagia bekerja di sini. Bebas dari segala masalah yang membelenggu... Oklah, kita beralih pula kepada apa yang terjadi semasa hari Sabtu 9/07/11 yang lalu. Rusuhan yang telah menyusahkan banyak pihak terutama peniaga. Mari kita semak. Bangsa apa yang paling ramai mengikut rusuhan tersebut? Jawapannya? Tentulah melayu. Inilah melayu yang tak tahu berterima kasih kepada kerajaan dan tidak menghormati yang dipertuan agong dan yang paling menjijikkan, mereka adalah melayu yang berada di tapak kaki Datuk Ambiga... Yang telah mengikut telunjuk Datuk Ambiga yang merupakan pengerusi BERSIH. Ke mana hilangnya maruah mereka ini? Mengikut telunjuk seorang orang bukan melayu? Ke mana hilangnya kewarasan pikiran melayu-melayu ini? Tidak menghormati Yang di Pertuan Agong tapi menghormati Datuk Ambiga... Marilah kita renung-renungkannya bersama. Kembalilah kepada asas rukunegara kita.
> Kepercayaan kepada Tuhan
> Kesetiaan kepada raja dan negara
> Keluhuran perlembagaan
> Kedaulatan undang-undang
> Kesopanan dan kesusilaan
Mereka yang mengadakan demonstarasi ini, saya boleh katakan mereka tidak percaya kepada Tuhan. Kenapa saya katakan begitu? Sebab mereka tidak menerima Qada dan Qadar Allah akan apa yang telah ditentukannya. Mereka kalah dalam pilihanraya, itu adalah kerana dengan izin Allah dan jika mereka menang itu juga dengan keizinan Allah. Sepatutnya mereka tidak perlu berdemonstrasi kerana dengan sikap mereka itu, telah menyusahkan orang lain dan Allah s.w.t tidak suka akan hambanya yang suka menyusahkan orang lain. Jika mereka tak puashati dengan kerajaan yang ada, mereka perlu buktikan janji-janji mereka dulu di negeri-negeri yang mereka kuasai. Mereka perlu sedar, jika negara ini memang dengan izin Allah milik pembangkang, tetap milik pembangkang. Jika bukan milik pembangkang, itu adalah kerana dengan ketentuan Allah juga. Apabila mereka melakukan demonstrasi, adakah mereka ini percaya kepada Tuhan? Tidak... Kerana mereka tidak mahu bersyukur atas nikmat keamanan negara ini yang mereka kecapi bersama juga kerana kepintaran dan kebijaksanaan pemimpin yang ada.
Mereka yang mengikuti demonstrasi ini juga adalah mereka yang tidak setia kepada raja dan negara. Ini kerana telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan juga Sultan Selangor supaya tidak mengadakan demonstasi ini, tapi diadakan juga. Jika kata-kata Seri paduka Baginda Yang Dipertuan agung dan juga Titah Sultan Selangor mereka tidak hormati, bagaimana dengan suara pemimpin yang lain? Jika mereka tidak menghormati Seri paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, bermakna mereka tidak menghormati negara ini dan mereka ini tidak setia kepada raja dan negara.
Mereka yang mengikuti demonstrasi ini juga tidak menghormati perlembagaan negara yang ada. Mereka suka-suka buat apa saja yang mereka rasa mereka ingin lakukan. Mereka juga telah melanggar undang-undang negara kerana mereka tidak mahu mendengar kata-kata dan ingatan pihak Polis supaya tidak mengikuti demonstrasi tersebut. Mereka ini tidak mendaulatkan undang-undang apabila mengikut gerak hati mereka sendiri. Mereka yang terlibat di dalam perhimpunan bersih ini juga tidak mempunyai kesopanan dan kesusilaan apabila terjerit-jerit, meraung-raung menyatakan rasa ketidak puashatian kepada kerajaan. Berhimpit-himpit di dalam kesesakan antara lelaki dan wanita. Inilah Pembangkang. Yang cuba buat apa saja supaya rakyat membenci kerajaan yang ada sekarang ni dan supaya negara ini diperintah oleh mereka yang boleh dijadikan kuda tungangan pihak luar. sedarlah bahawa bangsa-bangsaku, tanah ini tanah air kita. Milik kita. Jangan kerana kesilapan kita, anak cucu kita menjadi mangsa kelak. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah...

13 Jun 2011
PAS... Dalam dilema...
Setelah tamat muktamar PAS ke 57, banyak kepincangan telah berlaku baik di dalam atau pun di luar PAS. Apa yang pasti, kemenangan pada kali ini banyak berpihak kepada golongan profesional berbanding ulama. Golongan profesional inilah yang telah banyak memesongkan pegangan PAS dari ingin menjadikan Malaysia sebuah negara islam ke negara kebajikan jika menang pilihanraya ke-13 nanti. Golongan profesional ini adalah golongan yang masuk ke dalam PAS menjadi ahli PAS tapi jiwa mereka tidak bersama PAS. Jiwa mereka ada bersama Anwar Bin Ibrahim dan percayalah di dalam muktamar kali ini, semua kemenangan profesional itu telah disusun rapi oleh Anwar Bin Ibrahim demi memastikan golongan ulama ditolak di dalam PAS bagi menjaga hubungan baik Pakatan Rakyat antara PAS, DAP dan PKR yang mana DAP secara terang-terangan menolak negara islam yang dicadangkan oleh PAS sehinggakan pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan jika inginkan penubuhan negara islam, langkah mayatnya dulu. Apakah ahli-ahli PAS selama ini tidak sedar bahawa PAS hanya dipergunakan di dalam pakatan Rakyat demi mencapai cita-cita kotor DAP dan PKR? Ada ahli PAS yang berkata PAS hanya mempergunakan DAP dan PKR tapi hakikat sebenarnya PAS yang telah dipergunakan oleh DAP dan PKR. Bukalah mata seluas-luasnya wahai ahli PAS. Jangan terlalu Taksub dengan pemimpin anda. Bukalah minda anda... Jangan dikuncupkan minda anda dengan hanya memikirkan akan kebenaran yang di bawa oleh Pemimpin PAS. Kepada ahli-ahli PAS, cubalah anda fikirkan kini, ke mana hala tuju PAS yang sebenarnya sekarang? Cubalah anda renungkan kembali, di mana ketelusan pemimpin-pemimpin PAS ingin menubuhkan negara islam dan melaksanakan hukum hudud jika dapat memerintah Malaysia? Apakah yang telah berlaku kini? Kenapa setelah mengkafirkan UMNO yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara ini, kini PAS perlu menjilat semula kata-kata yang dilemparkan dulu dengan bekerjasama bersama DAP? Berpeluk dan bersalam jika bertemu. Apa sudah jadi? Mungkin bagi ahli PAS yang masih mentah dan baru di dalam politik, tidak tahu akan hal ini. Namun bagi ahli PAS yang telah veteran, mereka tahu akan hal kafir-mengkafir ini. Pada veteran-veteran PAS, sedarkanlah anak-anak muda yang ada di dalam PAS sebelum terlambat. Mereka orang muda. Berdarah muda. Jika darah mereka sudah mendidih, mereka akan lakukan apa saja. Adakah anda semua mahu melihat peristiwa memali terjadi lagi? Adakah anda ingin lihat anak-anak muda ini mengadaikan nyawa mereka hanya kerana beranggapan menyokong, menjadi ahli PAS masuk syurga dan bila menentang UMNO jika mati adalah mati syahid? Tidak ingatkah anda semua apa yang terjadi apabila amanat Haji Hadi dipegang teguh oleh Ibrahim Libya sehingga mereka menentang kerajaan? Jika anda semua sudah lupa, saya ingatkan kembali amanat tersebut. Inilah amanat Haji Hadi sehingga membawa kepada peristiwa Memali :-
"Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Inilah amanat dari Haji Hadi kerana ingin menubuhkan negara islam di bumi Malaysia tercinta ini. Namun kenapa kini, dari negara islam berubah menjadi negara kebajikan? Tidakkah sia-sia pengorbanan Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya yang mati semasa menentang kerajaan demi sebuah negara islam yang ingin ditubuhkan oleh PAS? Sedarlah pengikut-pengikut PAS dari lena yang panjang. PAS hanya menunduk kepada kemahuan DAP dan PKR. Kalau PAS tak mahu bersekutu dengan UMNO sekalipun, keluarlah dari Pakatan Rakyat dan jadilah diri PAS yang sebenar yang tidak mengikut telunjuk orang lain dan jangan berada di dalam dilema wahai pemimpin-pemimpin PAS. Anda semua yang berada di dalam PAS adalah islam. Saya yang berada di dalam UMNO juga islam. Bukankah kita bersaudara? Cukuplah pegangan kita kepada rukun islam dan rukun iman. InsyaAllah jika kita berpegang teguh kepada keduanya, kita akan menjadi muslim yang sejati dan diredhai oleh Allah dunia dan akhirat. Insyaallah. Semoga apa yang saya coretkan ini akan dapat direnungi dan difikirkan bersama-sama. Bukan niat ingin menghentam PAS cuma ingin meyedarkan anda semua ahli-ahli PAS betapa takutnya PAS dengan DAP pada waktu ini.

02 Jun 2011
Happy Birthday Ayah...

Alhamdulilah... Hari ni 02/06/11 adalah hari ulang tahun kelahiran ayahku yang ke 64 tahun. Walau macam manapun ayahku tetap maintain... nampak segak, bergaya dan muda dari usia sebenarnya... Cayalah ayah... Camne ayah jaga diri..? Ajarlah anak ayah yang dah boroi ni... Aku dah call ayah aku... Aku dah ucapkan Selamat hari jadi... Semoga ayahku akan dipanjangkan umur... Ditambahkan rezeki yang yang melimpah ruah dan halal... Amin... Sayang ayah selamanya...
Ayah,
Kaulah sumber inspirasiku...
Tanpamu... Tiadalah aku...
Tanpamu... Aku tidak mengenal erti kehidupan di dunia ini...
Ayah,
Pahit jerihmu mengerah keringat...
Pahit jerihmu mencari rezeki demi membesarkanku...
Pahit jerihmu menjaga keluarga dengan tulang empat keratmu...
Tidak terbalas walau dengan timbunan wang ringgit dan segunung intan sekalipun...
Ayah,
Aku tahu...
Kau banyak terluka kerana sikapku...
Namun aku akan cuba memperbaiki segala kekurangan pada diriku...
Aku akan cuba membahagiakan ayah sehingga akhir hayatku...
Ayah,
Aku sayang kamu...
Aku cinta kamu...
Aku bangga mempunyai ayah sepertimu...
Yang banyak mengajar aku tetap kehidupan...
Yang banyak mengajarku tentang siapa diriku...
Ayah,
Doaku iring supaya ayah sentiasa sihat dan gembira selalu...
Terima kasih ayah...
23 Mei 2011
Langgan:
Catatan (Atom)