12 Ogos 2011

Salam ramadan....

Alhamdulilah...

Hari ni dah 12 hari umat islam berpuasa. Pejam celik... Pejam celik... dah 12 hari dah puasa... Rasanya masih sempat aku mengucapkan Selamat Bulan Ramadan dan Selamat berpuasa kepada semua umat islam seluruh dunia terutamanya kepada semua penduduk Felda Tenggaroh 3 dan kepada keluargaku di sana serta kepada dia yang aku sayangi....

12 Julai 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulilah... Pejam celik pejam celik 01/07/2011 yang lalu dah setahun aku bekerja di Bandar Penawar ni. Suka duka, tawa nangis semua ada. Susah payah aku kat sini, biarlah aku yang rasa. Aku bahagia bekerja di sini. Bebas dari segala masalah yang membelenggu... Oklah, kita beralih pula kepada apa yang terjadi semasa hari Sabtu 9/07/11 yang lalu. Rusuhan yang telah menyusahkan banyak pihak terutama peniaga. Mari kita semak. Bangsa apa yang paling ramai mengikut rusuhan tersebut? Jawapannya? Tentulah melayu. Inilah melayu yang tak tahu berterima kasih kepada kerajaan dan tidak menghormati yang dipertuan agong dan yang paling menjijikkan, mereka adalah melayu yang berada di tapak kaki Datuk Ambiga... Yang telah mengikut telunjuk Datuk Ambiga yang merupakan pengerusi BERSIH. Ke mana hilangnya maruah mereka ini? Mengikut telunjuk seorang orang bukan melayu? Ke mana hilangnya kewarasan pikiran melayu-melayu ini? Tidak menghormati Yang di Pertuan Agong tapi menghormati Datuk Ambiga... Marilah kita renung-renungkannya bersama. Kembalilah kepada asas rukunegara kita.

> Kepercayaan kepada Tuhan
> Kesetiaan kepada raja dan negara
> Keluhuran perlembagaan
> Kedaulatan undang-undang
> Kesopanan dan kesusilaan

Mereka yang mengadakan demonstarasi ini, saya boleh katakan mereka tidak percaya kepada Tuhan. Kenapa saya katakan begitu? Sebab mereka tidak menerima Qada dan Qadar Allah akan apa yang telah ditentukannya. Mereka kalah dalam pilihanraya, itu adalah kerana dengan izin Allah dan jika mereka menang itu juga dengan keizinan Allah. Sepatutnya mereka tidak perlu berdemonstrasi kerana dengan sikap mereka itu, telah menyusahkan orang lain dan Allah s.w.t tidak suka akan hambanya yang suka menyusahkan orang lain. Jika mereka tak puashati dengan kerajaan yang ada, mereka perlu buktikan janji-janji mereka dulu di negeri-negeri yang mereka kuasai. Mereka perlu sedar, jika negara ini memang dengan izin Allah milik pembangkang, tetap milik pembangkang. Jika bukan milik pembangkang, itu adalah kerana dengan ketentuan Allah juga. Apabila mereka melakukan demonstrasi, adakah mereka ini percaya kepada Tuhan? Tidak... Kerana mereka tidak mahu bersyukur atas nikmat keamanan negara ini yang mereka kecapi bersama juga kerana kepintaran dan kebijaksanaan pemimpin yang ada.

Mereka yang mengikuti demonstrasi ini juga adalah mereka yang tidak setia kepada raja dan negara. Ini kerana telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan juga Sultan Selangor supaya tidak mengadakan demonstasi ini, tapi diadakan juga. Jika kata-kata Seri paduka Baginda Yang Dipertuan agung dan juga Titah Sultan Selangor mereka tidak hormati, bagaimana dengan suara pemimpin yang lain? Jika mereka tidak menghormati Seri paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, bermakna mereka tidak menghormati negara ini dan mereka ini tidak setia kepada raja dan negara.

Mereka yang mengikuti demonstrasi ini juga tidak menghormati perlembagaan negara yang ada. Mereka suka-suka buat apa saja yang mereka rasa mereka ingin lakukan. Mereka juga telah melanggar undang-undang negara kerana mereka tidak mahu mendengar kata-kata dan ingatan pihak Polis supaya tidak mengikuti demonstrasi tersebut. Mereka ini tidak mendaulatkan undang-undang apabila mengikut gerak hati mereka sendiri. Mereka yang terlibat di dalam perhimpunan bersih ini juga tidak mempunyai kesopanan dan kesusilaan apabila terjerit-jerit, meraung-raung menyatakan rasa ketidak puashatian kepada kerajaan. Berhimpit-himpit di dalam kesesakan antara lelaki dan wanita. Inilah Pembangkang. Yang cuba buat apa saja supaya rakyat membenci kerajaan yang ada sekarang ni dan supaya negara ini diperintah oleh mereka yang boleh dijadikan kuda tungangan pihak luar. sedarlah bahawa bangsa-bangsaku, tanah ini tanah air kita. Milik kita. Jangan kerana kesilapan kita, anak cucu kita menjadi mangsa kelak. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah...

13 Jun 2011

PAS... Dalam dilema...

Setelah tamat muktamar PAS ke 57, banyak kepincangan telah berlaku baik di dalam atau pun di luar PAS. Apa yang pasti, kemenangan pada kali ini banyak berpihak kepada golongan profesional berbanding ulama. Golongan profesional inilah yang telah banyak memesongkan pegangan PAS dari ingin menjadikan Malaysia sebuah negara islam ke negara kebajikan jika menang pilihanraya ke-13 nanti. Golongan profesional ini adalah golongan yang masuk ke dalam PAS menjadi ahli PAS tapi jiwa mereka tidak bersama PAS. Jiwa mereka ada bersama Anwar Bin Ibrahim dan percayalah di dalam muktamar kali ini, semua kemenangan profesional itu telah disusun rapi oleh Anwar Bin Ibrahim demi memastikan golongan ulama ditolak di dalam PAS bagi menjaga hubungan baik Pakatan Rakyat antara PAS, DAP dan PKR yang mana DAP secara terang-terangan menolak negara islam yang dicadangkan oleh PAS sehinggakan pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan jika inginkan penubuhan negara islam, langkah mayatnya dulu. Apakah ahli-ahli PAS selama ini tidak sedar bahawa PAS hanya dipergunakan di dalam pakatan Rakyat demi mencapai cita-cita kotor DAP dan PKR? Ada ahli PAS yang berkata PAS hanya mempergunakan DAP dan PKR tapi hakikat sebenarnya PAS yang telah dipergunakan oleh DAP dan PKR. Bukalah mata seluas-luasnya wahai ahli PAS. Jangan terlalu Taksub dengan pemimpin anda. Bukalah minda anda... Jangan dikuncupkan minda anda dengan hanya memikirkan akan kebenaran yang di bawa oleh Pemimpin PAS. Kepada ahli-ahli PAS, cubalah anda fikirkan kini, ke mana hala tuju PAS yang sebenarnya sekarang? Cubalah anda renungkan kembali, di mana ketelusan pemimpin-pemimpin PAS ingin menubuhkan negara islam dan melaksanakan hukum hudud jika dapat memerintah Malaysia? Apakah yang telah berlaku kini? Kenapa setelah mengkafirkan UMNO yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara ini, kini PAS perlu menjilat semula kata-kata yang dilemparkan dulu dengan bekerjasama bersama DAP? Berpeluk dan bersalam jika bertemu. Apa sudah jadi? Mungkin bagi ahli PAS yang masih mentah dan baru di dalam politik, tidak tahu akan hal ini. Namun bagi ahli PAS yang telah veteran, mereka tahu akan hal kafir-mengkafir ini. Pada veteran-veteran PAS, sedarkanlah anak-anak muda yang ada di dalam PAS sebelum terlambat. Mereka orang muda. Berdarah muda. Jika darah mereka sudah mendidih, mereka akan lakukan apa saja. Adakah anda semua mahu melihat peristiwa memali terjadi lagi? Adakah anda ingin lihat anak-anak muda ini mengadaikan nyawa mereka hanya kerana beranggapan menyokong, menjadi ahli PAS masuk syurga dan bila menentang UMNO jika mati adalah mati syahid? Tidak ingatkah anda semua apa yang terjadi apabila amanat Haji Hadi dipegang teguh oleh Ibrahim Libya sehingga mereka menentang kerajaan? Jika anda semua sudah lupa, saya ingatkan kembali amanat tersebut. Inilah amanat Haji Hadi sehingga membawa kepada peristiwa Memali :-

"Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Inilah amanat dari Haji Hadi kerana ingin menubuhkan negara islam di bumi Malaysia tercinta ini. Namun kenapa kini, dari negara islam berubah menjadi negara kebajikan? Tidakkah sia-sia pengorbanan Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya yang mati semasa menentang kerajaan demi sebuah negara islam yang ingin ditubuhkan oleh PAS? Sedarlah pengikut-pengikut PAS dari lena yang panjang. PAS hanya menunduk kepada kemahuan DAP dan PKR. Kalau PAS tak mahu bersekutu dengan UMNO sekalipun, keluarlah dari Pakatan Rakyat dan jadilah diri PAS yang sebenar yang tidak mengikut telunjuk orang lain dan jangan berada di dalam dilema wahai pemimpin-pemimpin PAS. Anda semua yang berada di dalam PAS adalah islam. Saya yang berada di dalam UMNO juga islam. Bukankah kita bersaudara? Cukuplah pegangan kita kepada rukun islam dan rukun iman. InsyaAllah jika kita berpegang teguh kepada keduanya, kita akan menjadi muslim yang sejati dan diredhai oleh Allah dunia dan akhirat. Insyaallah. Semoga apa yang saya coretkan ini akan dapat direnungi dan difikirkan bersama-sama. Bukan niat ingin menghentam PAS cuma ingin meyedarkan anda semua ahli-ahli PAS betapa takutnya PAS dengan DAP pada waktu ini.

02 Jun 2011

Happy Birthday Ayah...



Alhamdulilah... Hari ni 02/06/11 adalah hari ulang tahun kelahiran ayahku yang ke 64 tahun. Walau macam manapun ayahku tetap maintain... nampak segak, bergaya dan muda dari usia sebenarnya... Cayalah ayah... Camne ayah jaga diri..? Ajarlah anak ayah yang dah boroi ni... Aku dah call ayah aku... Aku dah ucapkan Selamat hari jadi... Semoga ayahku akan dipanjangkan umur... Ditambahkan rezeki yang yang melimpah ruah dan halal... Amin... Sayang ayah selamanya...

Ayah,
Kaulah sumber inspirasiku...
Tanpamu... Tiadalah aku...
Tanpamu... Aku tidak mengenal erti kehidupan di dunia ini...

Ayah,
Pahit jerihmu mengerah keringat...
Pahit jerihmu mencari rezeki demi membesarkanku...
Pahit jerihmu menjaga keluarga dengan tulang empat keratmu...
Tidak terbalas walau dengan timbunan wang ringgit dan segunung intan sekalipun...

Ayah,
Aku tahu...
Kau banyak terluka kerana sikapku...
Namun aku akan cuba memperbaiki segala kekurangan pada diriku...
Aku akan cuba membahagiakan ayah sehingga akhir hayatku...

Ayah,
Aku sayang kamu...
Aku cinta kamu...
Aku bangga mempunyai ayah sepertimu...
Yang banyak mengajar aku tetap kehidupan...
Yang banyak mengajarku tentang siapa diriku...

Ayah,
Doaku iring supaya ayah sentiasa sihat dan gembira selalu...
Terima kasih ayah...

23 Mei 2011

Garlic Butter Prawn - Cinta Kereta

Wonder Boys - Your Money

Fubulus Frog - Aku Nak Ayam (Astro Warna)

Joe Frie Frow Feat. Lady Kaka - Ku Cinta Si Hitam Si Hitam Manis

Azman And The Computer - Aku Tak Mahu Kahwin Kau Sebab Kau Kurang Pandai

Renungan bersama

Assalamualaikum...

Petang-petang ni saya dapat pulak idea nak coretkan kat blog saya ni... Saya nak kongsi ngan kawan-kawan semua tentang satu majlis yang dianjurkan oleh pemimpin PAS. Dalam majlis itu juga ada artis yang kini telah menyertai PAS iaitu saudara Bob Lokman...

Masa Saya pergi gunting rambut hari sabtu hari tu... Saya bacalah Harakah kat kedai gunting rambut tu... Ada satu tajuk yang menarik minat saya untuk membacanya... Walaupun pemilik kedai gunting rambut tu penyokong kuat PAS dan Ahli PAS... Tapi saya tidak membezakannya walau sedikitpun dan saya masih mampu berkawan dengannya tanpa membezakan fahaman politik kerana pada saya dia saudara saya... Saudara sesama islam... Begitu juga dia... Apakah tajuk yang menarik minat saya itu...? Tentunya mengenai perjumpaan mursyidul AM PAS Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dengan 10,000 pelajar-pelajar maahad seluruh Kelantan... Dalam ucapan Mursidul Am PAS itu, beliau telah menanamkan kebencian terhadap UMNO di dalam diri pelajar-pelajar berkenaan... Di mana dalam majlis itu juga pelajar-pelajar berkenaan telah bersumpah... Sanggup mengadaikan nyawa untuk mati syahid di dalam perjuangan mereka... Perjuangan untuk apa itu...? Tentunya untuk menentang UMNO... Nauzubillahminzalik... Adakah UMNO ini Parti orang Kafir...? Apakah yang menjadi ahlinya semua orang kafir...? Sampai mereka merasakan perlu menentang UMNO dan ingin mati syahid di dalam perjuangan mereka... Bukankah orang-orang di dalam UMNO ini juga adalah orang Islam...? Sama dengan mereka Islam... Bukankah orang islam semua bersaudara...? PAS dan UMNO adalah satu parti politik... Cuma berbeza fahaman politik sahaja... Hanya politik... Dan mereka harus tahu dan harus terima kenyataan bahawa Allah s.w.t telah memilih Barisan Nasional untuk memerintah negara ini pada PRU12 yang lalu dan jika di dalam PRU13 nanti Allah s.w.t memilih Pakatan rakyat untuk memerintah... Itu adalah kekuasaannya yang menentukan mana pemerintah yang baik dan mana yang buruk untuk rakyat Malaysia ini... Namun apa yang pemimpin PAS tanamkan di dalam jiwa mereka dan fikiran mereka adalah sesuatu yang merbahaya... Teramat dan terlalu bahaya... Oleh kerana pemikiran beginilah telah terjadinya peristiwa berdarah Memali di Kedah satu ketika dulu apabila mereka yang terlibat semua adalah ahli-ahli PAS yang pada ketika itu ingin menentang kerajaan demi mencari kematian di dalam keadaan syahid... Oleh kerana pemikiran radikal dan merbahaya beginilah telah terjadinya mereka yang beragama islam di negara-negara islam yang ditindas... sanggup meletupkan diri mereka sendiri... Bukankah jika terjadi peristiwa sebegini mereka sengaja mencampakkan diri mereka ke arah kebinasaan...? Mereka sengaja mengundang maut mereka sendiri dan boleh dianggap bahawa mereka ini hanya membunuh diri... Dan apakah hukumnya membunuh diri di dalam islam...? Halal..? Makruh..? Haram...? tentulah hukumnya haram dan tidak akan cium bau syurga apatah lagi ingin memasuki syurga Allah kepada mereka yang membunuh diri... Marilah kita renung-renungkan wahai kawan-kawanku yang seagama denganku... Perlukah atau patutkah sampai ke tahap sebegini mereka perlu menanamkan kebencian di dalam diri anak-anak muda yang terlibat...? Apakah betul apa yang telah diperjuangkan oleh PAS selama ini...? Negara Islam yang bagaimana ingin mereka tubuhkan...? Sedangkan Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara islam oleh dunia... mereka tiada alasan dan jawapan yang konkrit untuk penubuhan negara islam di Malaysia dan hanya mencanangkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara kebajikan, melaksanakan hukum hudud dan hukum berlandaskan al-quran jika mereka memerintah negara ini...Hanya alasan itu yang mereka bawa dan tanamkan di dalam jiwa serta pemikiran ahli-ahli mereka... Ini semua hanya propaganda mereka untuk menang di dalam pilihanraya oleh kerana Malaysia adalah negara islam dan mereka yang tinggal di dalam negara ini ramai orang islam... Maka mereka mencanangkan untuk menubuhkan negara islam kerana umat islam amat sensitif jika agama yang diperjuangkan oleh mereka atau oleh mana-mana parti politik sekalipun... Kita harus melihat kedudukan PAS di dalam parlimen... Mana mungkin orang PAS akan menjadi Perdana Menteri Malaysia... Sedangkan kerusi yang mereka pertandingkan hanya beberapa kerusi... PKR lah yang paling banyak bertanding di dalam kerusi Parlimen dan paling banyak menang di dalam Parlimen... Jika Pakatan rakyat berjaya memerintah negara ini, sudah tentulah dari ahli PKR yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan oleh kerana Malaysia mempunyai Agong... Maka orang Melayu yang berhak menjadi Perdana Menteri Malaysia ini... Jadi siapakah orang itu...? Tak lain dan tak bukan adalah Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim... Adakah Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim akan mendengar pendapat dan pandangan PAS di dalam penubuhan negara islam...? Pada saya ini tak kan terjadi dan tak mungkin terjadi kerana Anwar hanya mendengar pendapat sekutu rapatnya... DAP dan secara terang-terangan DAP tidak menyetujui negara islam yang dicadangkan oleh PAS... Bukankah politik pembangkang bercelaru dan tidak mempunyai matlamat yang pasti...? PKR berjuang hanya untuk seorang individu... DAP hanya untuk merampas pemerintahan negara ini dari orang Melayu dan PAS hanya inginkan penubuhan negara islam... Di manakah matlamat sebenar mereka...?

Kita tinggalkan persoalan itu untuk kawan-kawanku menjawabnya sendiri... Kini kita tumpukan pada ucapan Bob Lokman di dalam majlis tersebut yang meminta mereka menolak UMNO dan menerima PAS yang telah pasti hala tujunya di akhirat... Sekali lagi kawan-kawan... Hala tuju PAS di akhirat telah pasti... Hebat... terlalu hebat Bob Lokman yang telah pasti akan hala tuju PAS di akhirat... Sekali lagi saya ingin jelaskan... PAS, ahlinya orang islam dan UMNO ahlinya orang Melayu dan juga beragama islam... Jadi matlamat kita orang-orang islam ni dah tentulah ingin mendapatkan syurga di akhirat nanti... Bukan PAS... Bukan UMNO yang ingin masuk ke syurga... Tapi ahli-ahlinya... PAS atau UMNO hanya nama pertubuhan politik... Mana mungkin PAS akan masuk syurga... UMNO tidak... Kedua-duanya tak mungkin... Hanya ahli-ahlinya sahaja yang akan dapat menikmati syurga itupun berdasarkan kriteria yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t berdasarkan rukun islam dan rukun iman serta tidak menyekutukan Allah dan meninggalkan segala larangannya dan menunaikan segala suruhannya... Maka mereka itulah orang-orang yang berjaya di dunia dan layak menerima syurga Allah s.w.t di akhirat nanti... Kenapakah Bob Lokman perlu berfikiran begitu...? Kenapakah dia perlu menanamkan kebencian terhadap UMNO setelah dia menyertai PAS...? Bukankah kenikmatan yang dia pernah kecapi sebelum ini adalah kerana kestabilan politik yang diterajui oleh UMNO maka dia boleh berkarya... Bebas meluahkan pendapat... Bebas melakukan apa saja selagi tidak salah di sisi undang-undang tanpa rasa takut kerana kedamaian negara ini telah menjadikan rakyatnya hidup aman damai dan bahagia... Jika tiada kesetabilan politik... mungkinkah kita akan dapat negara yang aman damai seperti sekarang...? Hanya kesetabilan politik menjadi tidak menentu apabila banyaknya demonstrasi jalanan yang selalu dilakukan oleh pihak pembangkang... Teringat saya akan perjuangan PAS dulu-dulu yang telah mencanangkan bahawa orang islam tidak boleh bekerjasama dengan orang kafir... Haram hukumnya... Tak boleh berkongsi kuasa bersama orang kafir... Juga haram hukumnya... Oleh itu UMNO perlu ditolak dan tak boleh diterima kerana telah bekerjasama dengan orang kafir di dalam pemerintahan negara ini... Makan sembelihan orang UMNO tak halal... Berimamkan orang UMNO tak sah sembahyang... Sehingga mewujudkan sembahyang satu masjid dua imam... 2 makmum... suami isteri bercerai kerana berbeza fahaman politik dan hingga terbawa-bawa ke pilihanraya umum bahawa sesungguhnya undi PAS masuk syurga... Jadi Ahli PAS, masuk syurga... Mungkin segelintir dari kita telah lupa akan perkara-perkara ini dan menganggap saya mereka cerita... Tapi inilah kenyataannya pada masa dulu... Kalau ada yang masih ingat... terutama pada pilihanraya umum ke 9 dan ke 10... perkara-perkara ini telah terjadi... Tapi kini apa sudah jadi dengan PAS...? Oleh kerana inginkan kuasa... Politik telah menghalalkan cara... Bekerjasama dengan DAP dan PKR untuk mengkalahkan kerajaan yang ada sekarang di dalam PRU13 nanti setelah mereka menang besar di PRU12... Entahlah... Sampai bila ahli yang di dalam PAS ini ingin sedar... Kita berpolitik ni haruslah berpada-pada... Jangan terlalu taksub akan seseorang pemimpin hinggakan apa saja yang dikatakannya betul seratus peratus... Kita diberi akal dan fikiran untuk berfikir... Kita boleh fikirkan yang mana baik dan yang mana buruk... jika kita ingin menceburkan diri di dalam bidang politik... Kita harus dengar... lihat... Kaji... Fikir dan luahkan pendapat kita barulah kita boleh berjaya... Marilah sama-sama kita fikirkan dan renung-renungkan... Jika saya silap... saya mohon maaf... Saya masih mentah di dalam politik... Tapi apa yang saya katakan dan luahkan adalah dari pembacaan, pemikiran dan pandangan serta pengalaman saya selama menceburkan diri di dalam politik ini... Apapun kepada sekalian penduduk Malaysia yang sudah boleh mengundi... Fikirkanlah apa yang mahu kita undi pada PRU13 nanti... Jangan tersalah undi... Takut nanti kita menang bersorak tapi negara tergadai... Ingatlah... Jika Pakatan Pembangkang berkuasa... Mereka boleh meminda Rang Undang-undang tubuh negara ini... Sedangkan sekarang ini mereka tidak menghormati institusi diraja... Apatah lagi jika mereka diberi mandat memerintah... Agaknya terus hilang institusi diraja di Malaysia ini... Mereka boleh buat apa saja jika mereka berkuasa... Ingatlah kawan-kawanku... Masa depan negara ini terletak pada kita semua... Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa agar negara kita terus makmur dan aman damai serta berjaya dan unggul di dunia ini demi masa depan anak dan cucu cicit kita... Janganlah satu hari nanti... Anak, cucu dan cicit kita menyalahkan kita kerana kesilapan yang kita lakukan sekarang... wallahualanbisawab... Semoga Allah s.w.t melindungi negara kita dari segala marabahaya dan dari orang-orang yang ada berniat jahat di dalam hati mereka untuk memusnahkan negara ini... Amin ya rabbalalamin...

Siti Nurhaliza = Kesilapanku, Keegoanmu

11 Mei 2011

Harga minyak dan gula...

Harga minyak RON97 naik dua puluh sen dan gula naik dua puluh sen..? Naik lagi... Minyak takpelah... Memang sekarang ni ramai yang guna RON95... Tapi gula...? ada pilihan lain ke...? Inilah langkah terbaru kerajaan Malaysia untuk mengurangkan subsidi kerajaan pada minyak dan gula... Rakyat jangan cepat melenting... Kita kena memandang perkara ini dari sudut positif. Apabila subsidi dapat dikurangkan, kewangan kerajaan akan meningkat dan dengan kewangan yang ada, kerajaan akan dapat melakukan apa saja projek demi pembangunan negara kita dan demi kepentingan rakyat negara kita sendiri... Saya bukan menyokong penuh kenaikan harga barangan ini, Namun ia selari dengan keadaan ekonomi dunia masa kini yang sentiasa meningkat... Namun pada pendapat saya, masa ini bukanlah masa yang tepat dan sesuai untuk kerajaan menaikkan harga minyak dan gula kerana sudah semestinya isu ini akan dipermainkan terus oleh pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum nanti... Isu minyak dan gula adalah satu isu yang sensitif kerana apabila minyak dan gula naik, harga barangan lain akan naik... Apabila harga minyak naik, alasan pekilang, pemborong dan peruncit adalah kos penghantaran meningkat kerana harga minyak sudah naik... Manakala bagi pengusaha Restoran, kedai makan dan yang sewaktu dengannya memberikan alasan harga gula naik maka mereka terpaksa menaikkan harga minuman dan makanan... Inilah realiti yang perlu kita hadapi... Sekarang tibalah masanya kerajaan menyemak semula pemberian cola kepada kakitangan kerajaan... Pada pendapat saya pemberian cola perlu diselaraskan kerana pada masa ini, kos di kampung tidak ada bezanya dengan di bandar... Tiada bezanya dalam Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah... Itu pandangan dan pendapat saya sahaja... Apapun, kita harus bersyukur kerana lahir dalam negara yang aman damai ini... Negara yang tiada bencana alam melanda... Semoga apa yang saya kongsikan akan dapat dinilai oleh anda semua...

04 Mei 2011

Propaganda Amerika dan sekutunya

Osama Laden sudah mati...? adakah benar...? Adakah tidak...? Wallahualambisawab... Hanya Allah yang maha mengetahuinya... Jika benar Innalilahiwainnailahirojiun... Osama Laden sebenarnya adalah seorang ejen CIA yang direkrut oleh Amerika menjadi gerila semasa perang antara Amerika dan Rusia. Ramai dikalangan remaja-remaja arab pad aketika itu telah menjadi gerila. Mereka semua direkrut oleh Amerika. Osama Laden dicari oleh Amerika kerana mereka tidak mahu rahsia mereka bocor. Oleh itu Osama perlu dihapuskan. Inilah Amerika. Menghapuskan watak yang dicipta mereka. Watak-watak yang dicipta oleh mereka ini, diwarwarkan sebagai penganas kerana hanya satu matlamat iaitu untuk memerangi negara Islam demi keselamatan Israel. Ya. Israel yang mana itulah tempat Dajal memerintah untuk dunia baru ciptaan mereka. New World Order. Mereka ingin menjadikan Israel sebuah negara yang berkuasa di dunia selepas Amerika. Oleh itu, kemuncaknya mereka mewujudkan serangan 9/11 di mana dengan serangan itu, mereka menuduh Al-Qaeda pimpinan Osama sebagai penganas dan dengan sewenang-wenangnya menyerang negara-negara islam... Selain demi kepentingan Israel, serangan itu juga bertujuan untuk menguasai telaga-telaga minyak yang terdapat di negara-negara tersebut. Selepas ini, ke mana hala tuju serangan mereka...? Sudah pastinya Iran... Iran yang pemimpinnya begitu berani menentang Israel... Inilah pemimpin yang sepatutnya ada pada jiwa setiap pemimpin negara Islam... Marilah kembali kita renungkan... Nabi Muhammad S.A.W semasa hayat baginda telah mengingatkan umatnya tentang pelepasan Dajjal. Baginda bersabda apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup pada muka bumi selama 40hari. Satu hari seperti setahun. Satu hari seperti sebulan. satu hari seperti seminggu dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari kita. Tetapi apabila Dajjal berada pada hari yang seperti setahun, British merupakan tanah pemerintahannya. Dan apabila Dajjal berada pada hari yang seperti sebulan, Amerika Syarikat menjadi tanah pemerintahannya. Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke tanah suci Iarael. Menurut islam, satu tahun di dalam syurga adalah seperti seribu tahun manusia dan dari itu, kita boleh memahami yang Dajjal memerintah Britain selama seribu tahun. Bukan secara kebetulan yang monarki British wujud sejak tahun 900 lagi. Pada tahun 1917 Amerika secara rasminya melibatkan diri dalam peperangan dunia, dan inilah langkah yang diambil mereka untuk menerapkan Amerika Syarikat sebagai Kuasa Agong Global yang baru. Dajjal dari situ memerintah pada "hari yang seperti sebulan" Jadi jika setahun syurga bersamaan seribu tahun, sebulan akan jadi seribu bahagi duabelas yang bersamaan dengan 83 tahun. 1917+83=2000 dan di tahun 2000, presiden Bush telah mengangkat sumpah menjadi Presiden Amerika. Kemudian Dajjal akan memerintah Israel pada "hari yang seperti seminggu". mengikut formula yang sama, "sehari seperti seminggu" patut menjadi 83 bahagi 4 yang hampir bersamaan dengan 21 tahun. Ini akan membawa kita di antara tahun 2020-2023 (jika mengikut tahun masihi atau hijrah) pada tahun itu, kumpulan Illuminati ini akan bertindak dan akan memastikan kuasa pemerintahan baru dunia terletak di negara Israel. Inilah tahap-tahap perancangan terakhir mereka. Seorang presiden Amerika pada 11 September 1990, pernah menyatakan "ialah lebih dari satu negara kecil. Ia merupakan satu idea besar. Pemerintahan dunia baru" dan akhirnya pada 11/9/2001, Amerika diserang dengan apa yang kononnya dipanggil mereka oleh penganas. Menyerang World Trade Centre dan juga Pantagon. Tapi melalui siasatan dalaman secara peribadi, telah membuktikan bahawa kejadian pada tarikh itu adalah kerja orang dalam. Serangan ini telah membawa kapada serangan ke atas Afghanistan pada tahun 2002, Iraq pada tahun 2003 dan lebanon pada tahun 2006. Pada tahun-tahun selepas kejadian 11/09/2001 itu, Amerika telah menubuhkan Pengkalan -pengkalan tentera mereka lebih dari 10 pengkalan di negara Timur Tengah. Kenapa..? Ini adalah untuk mengukuhkan kuasa pemerintahan mereka dan semestinya untuk menjaga Keselamatan ISRAEL yang merupakan sebagai ibu negara terakhir NEW WORLD ORDER (Pemerintahan Dunia Baru). Ini semua berketepatan sepertimana yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W pada 1400 tahun yang lalu. Sekarang, apakah kita telah faham segala masalah yang melanda di Timur Tengah dan juga seluruh dunia ini..? Ingatlah setiap rundingan atau peperangan yang akan datang datang, semata-mata adalah untuk perlindungan, penubuhan dan keselamatan ISRAEL. Semua musuh akan sentiasa ditentang dan akhirnya Dajjal akan muncul dan mengambil takhtanya di ISRAEL. Selepas itu, bersambunglah hari-harinya seperti hari-hari biasa kita. Wallahualambisawab. Semoga kita dapat pengajaran dari apa yang telah saya kongsikan.

28 April 2011

..................................

Terlalu lama aku tidak update blog ni. Tapi hari ni, pagi ni, aku tak boleh nak tidur. Aku gelisah menanti dia mengupdate blognya kerana aku ingin tahu apa yang dinyatakannya.

Aku telah pun membaca kenyataan terbarunya. Alhamdulilah. Dia kini kuat. Dia dah tak mungkin menangis lagi. Dia dah tak akan menangis lagi.

Semoga dia akan terus kuat.

InsyaAllah.

12 April 2011

Assalamualaikum....

Aduh... Aduh... Tenang sungguh aku melihat blog baru aku ni... Terima kasih kepada Eyda Suzeda yang telah mengupdatekan dan mencantikkan lagi blog aku. Siap ada lagu lagi tu... Hanya kau yang paling indah untuk dimiliki... Untuk dicintai...

Sesungguhnya aku cukup bangga mengenali dirinya kerana dia seorang gadis yang begitu kreatif, bijak dan inovatif. Gadis yang kuat menghadapi apa juga dugaan hidup yang melanda dirinya. Dia Penuh dengan idea-idea baru...

Ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepadanya dan berilah kejayaan di dalam pelajarannya supaya pada semester ini dia akan dapat anugerah dekan... Semoga kejayaan sentiasa mengiringimu...

07 April 2011

~wajah baru~

hye sume.. eh2, kte owg islam.. bg salam laa ekk.. assalamualaikum sume.. hehe.. stelah b'brape jam ngadap blog nih.. akhr nyer siap jgak m'hiasi & m'cun kn ia.. hrp2 tuan pnyer blog nih suke laa ea.. kalu ade ape2 yg x puas ati.. sila contact admin (eyda suzeda).. hahaha.. dgn b'tema kn wrne biru.. s'tenang2 air dikali.. tenang lg ble tgk blog nih.. chewaaaah~ ehemm.. sje jew nk bodek2.. mne tau dpt upah pas nie.. masyuukk.. hehe.. xdelaa.. kte tolg wat kn blog nih iklaz.. x mtk ape2 byaran atau blasan pon.. so, hope u allz enjoy ngan wjah bru blog abg dino kte nih.. smoga t'hibur dgn dendangan lgu, cukup indah nyanyian alif satar nie..~HANYA KERNA KAU YG CUKUP INDAH.. UTK D'MILIKI DAN TUK DICINTAI..~

tulus iklaz dr,
(^.^) ~ehem2~

05 April 2011

Alhamdulilah...

Alhamdulilah....

akhirnya aku berjaya membuat mesyuarat Agung Pemuda. Walaupun dalam keadaan yang tidak sihat. Pada 13/04/2011 iaitu hari rabu... akan diadakan mesyuarat agung peringkat cawangan pula pada jam 2.00 petang. Errmmm... Apa ucapan yang ingin aku berikan ek...? Apapun... Aku harap ada idea yang akan terkeluar dari benakku untuk berucap.

Kini bahang pilihanraya DUN Sarawak telah terasa. Harap-harap BN akan menang besar. Selepas itu akan diadakan pula pilihanraya bagi DUN2 di Sabah dan Semenanjung. Aku kena bekerja keras bagi memastikan BN mencapai kejayaan yang cemerlang.

aku rasa ini saja coretanlu pada kali ini. Semoga bertemu lagi. Salam