18 Jun 2010

Assalamualaikum... Salam sejahtera

Assalamualaikum...

Semoga semua berada di dalam keadaan sihat walafiat. Hari ni dah 18 Jun 2010. Maknanya dah 4 hari aku tak coretkan apa2 kat dalam ni. Apa yang aku nak cakapkan..? Errmmm... Takde idea... Tapi aku suka berpesan kepada semua anak-anak peneroka Felda Tenggaroh 03, walau di mana anda berada, jaga nama baik kampung kita. Jaga diri. Jaga perlakuan. jangan terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah atau merempit. Kita anak melayu. Kita kena sayangkan nyawa kita. Ingatlah, melayu di negeri Johor ni hanya tinggal 47% sahaja. Selebihnya bangsa lain. Di Pulau Pinang lagi dasyat. melayu tinggal 30% je.. setakat ni negeri yang masih dikuasai melayu hanya Kelantan Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan. Itupun tak sampai 60%. Kalau anak-anak muda kita mati di tengah jalanraya akibat kecuaian sendiri, siapa lagi yang tinggal..? Bangsa lain bertepuk tangan kerana anak-anak melayu yang banyak terjebak dengan salah guna dadah. Merempit. Bangsa lain, berlumba-lumba utuk kaya. Cipta perniagaan sendiri. Tapi anak-anak melayu..? Kat mana kedudukan kita..? Nilailah diri kita sendiri. Muhasabah diri adalah lebih baik. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan masa hadapan kita. Apa pun, jika ada anak-anak peneroka Felda Tenggaorh 03 yang mengikuti blogger aku ni, harap-harap kita semua akan dapat bersatu demi memastikan kecemerlangan generasi kedua Felda Tenggaroh 03 dan juga generasi seterusnya. Aku harap, semua anak-anak peneroka Felda Tenggaroh 03, akan menyimpan nombor telefon aku dan hubungi aku jika ada masalah. Kita boleh kongsi bersama. 019-7954517. InsyaAllah.

14 Jun 2010

Alhamdulilah... beres...

Alhamdulilah... Mesyuarat Pemuda pun dah beres... Mesyuarat Cawangan pun dah beres... Hari Sabtu, aku join Mesyuarat Belia... Pukul 2.00 Petang di Balairaya Felda Tenggaroh 03. Aku datang atas jemputan Hell dan juga kerana aku anak peneroka Felda Tenggaroh 03. automatik aku belia kat situ... Alhamdulilah... Cadangan aku untuk tubuhkan Koperasi Anak-Anak Peneroka Felda Tenggaroh 03 diterima. Pokok Gaharu diserahkan kepada Belia pun diterima. Alhamdulilah... Hari ahad pula, aku ikuti program bersama pegawai-pegawai seranta. Alhamdulilah... Mereka buat lawatan ke rumah-rumah yang terdapat orang sakit... Tapi aku mengalirkan airmata bila melihat Ina. Ye Ina anak Arwah Cik Alias. semoga penyakitnya akan sembuh. Terlalu kurus. Kering. Diabaikan suami. Entahlah. Dulu aku selalu tumpangkan dia balik Tenggaroh masa dia kerja kat Pejabat POS Mersing ni. Lawa orangnya. Manis mukanya. Lemah lembut dan baik hati. Tapi kini? Hanya terlantar di atas tilam. Tak mampu bergerak dan mengurus diri sendiri. Ya Allah. kau sembuhkanlah penyakitnya. Pada anak-anak peneroka Felda Tenggaroh 03 yang membaca blog aku ni, InsyaAllah... Kalau berjaya rancangan nak mewujudkan koperasi anak-anak peneroka Felda Tenggaroh 03, aku akan pastikan keuntungan akan dikongsi bersama... Aku akan bincang ngan Hell untuk buat satu format supaya dapat alamat dan nombor telefon terkini mana2 anak peneroka Felda Tenggaroh 03 yang bekerja atau belajar di luar supaya kita akan sentiasa dapat berhubung. Aku akan lakukan yang terbaik untuk masa depan generasi kedua Felda Tenggaroh 03. Berilah support pada aku dan juga Hell serta kepimpinan Felda Tenggaroh 03. Mungkin lepas raya ni aku akan buat satu program yang khas untuk kita semua anak-anak peneroka Felda Tenggaroh 03. Aku akan buat daftar pengundi SPR dan juga untuk menjadi Ahli UMNO. Serta sedikit program mungkim pemimpin bersama ranyat... atau sedikit sukan.. atau apa2 saja... Aku berharap agar semua anak-anak peneroka Felda Tenggaroh 03 akan dapat menyertainya... InsyaAllah...

07 Jun 2010

Israel Buat Hal Lagi.....

Assalamualaikum.....

Israel tak henti-henti memberi susah kepada masyarakat Palestin. Membunuh dan menindas rakyat Palestin sesuka hati mereka. Inilah akibatnya apabila pada masa dahulu dunia mengiktiraf kewujudan negara Israel termasuk Arab Saudi. Malah terdapat negara-negara islam yang membuat hubungan diplomatik dengan Israel. Tapi, Malaysia mengambil pendirian tegas dengan tidak pernah menyokong penubuhan negara Israel dan tidak pernah mengiktiraf Israel juga tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Malangnya, ada negara islam yang menyokong dengan meminta pihak Palestin membenarkan memberi sedikit tanah kepada Israel untuk mereka menubuhkan negara mereka sendiri. Dan sememangnya, inilah sikap Israel. Bila dah diberi betis, mereka nak peha. Mereka cuba meluaskan negara mereka dengan menindas dan membunuh penduduk Palestin yang tidak berdosa. Mereka pernah menyatakan bahawa negara Israel sebenarnya menjangkau sehingga ke Sungai Tigris di Iraq. oleh sebab pihak Israel merasakan yang Saddam Hussein adalah musuh mereka, maka mereka menggunakan sekutu kuatnya Amerika untuk menumbangkan Saddam Hussein. Persoalannya kini, kenapa Amerika membiarkan Israel melakukan kekejaman ke atas rakyat Palestin..? Kenapa Israel dibenarkan membangunkan senjata Nuklear? Kenapa tiada tindakan diambil ke atas Israel oleh PBB(Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)? Kenapa Iraq diserang? Kini Iran pun ingin diserang. Sedangkan kedua-dua negara itu bernaung di bawah lambang PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)?
Ini semua terjadi kerana disebabkan oleh penguasaan Israel ke atas Amerika. Sebenarnya, di dalam dewan senat mereka, keputusan yang dibuat adalah keputusan Israel. Ekonomi Amerika dipegang oleh Israel kerana kita harus ingat bahawa sesungguhnya di dalam bidang perniagaan, boleh dikatakan penguasaan produk dan pengusaha dari Israel adalah sebanyak 60%-70% di dunia ini. Mereka-mereka yang kaya di Amerika juga dikalangan orang Israel. Teknologi-teknologi ketenteraan Amerika adalah teknologi yang dibangunkan oleh Israel. PBB pula adalah boneka Amerika. Mereka tidak mampu membuat apa saja keputusan selagi tiada kebenaran Amerika. Inilah kepandaian Israel. Israel tidak akan menerima rakyat mereka yang bodoh dan tak berguna. Mereka akan membunuhnya. Mereka hanya ingikan rakyat yang pandai sebab bilangan mereka hanya lebih kurang 4 juta orang sahaja di dunia ini. Tanpa disedari, hari ini pun kita sebagai rakyat Malaysia dan beragama Islam, telah menggunakan produk keluaran Israel yang dibangunkan di Amerika. Sebenarnya, apa saja yang terjadi di dunia ini, keganasan atau apa saja bentuk kekerasan disebabkan oleh Israel. Merekalah sebenarnya dalang atas apa yang terjadi. Mereka ingin menyerang Iran kerana pembangunan teknologi nuklearnya. Sedangkan sebagai sebuah negara, Iran berhak membangunkan teknologi nuklearnya sepertimana Israel. Ini semua hanya kerana Iran sebuah negara Islam. Oleh sebab itulah, mereka ingin menyerangnya. Terbaru, kes serangan ke atas kapal Mavi Marmara, setiausaha pertahanan Amerika Gates hanya menyatakan bahawa pihak Israel telah memberi amaran sebelum menyerbu kapal tersebut. Mereka menyatakan tidak boleh mengambil tindakan ke atas Israel kerana belum mendapat kepastian mengenai insiden tersebut. Sedangkan menurut saksi yang terselamat dan berada di kapal tersebut, menyatakan mereka terus diserang tanpa amaran. Itulah Amerika. mempertahankan segala tindakan Israel kerana mereka sendiri tidak mampu menyekat Israel. Apapun. sebagai rakyat Malaysia dan beragama Islam, seagama dengan penduduk Palestin, marilah sama-sama kita berdoa untuk kejayaan umat islam. Umat Islam perlu bersatu terutamanya negara-negara arab. Kalau negara-negara arab bersatu menekan Israel, insyaAllah, Allah akan beri kemenangan kepada umat Islam. bukannya Allah s.w.t tidak boleh menghancurkan Israel dengan sekelip mata sahaja, tapi Allah s.w.t sebenarnya ingin umat Islam bersatu. Jika bersatu, insyaAllah berjaya. wallahualambisawab...

31 Mei 2010

errmmm.....

Hari ni dah 4 hari mak dimasukkan ke Hospital akibat kencing manis dia yang tak boleh dibaca dan bisul yang besar tumbuh di belakang badannya. Apapun aku berdoa semoga mak akan cepat sembuh. esok 01/06/2010, birthday Rio yang ke 29 tahun. Semoga di tahun ini, dia akan dikurniakan anak. lusa 02/06/2010, birthday ayah yang ke 63 tahun. Tapi aku dapat rasakan kesedihan ayah. Ialah, mak masuk hospital. Aku doakan semoga ayah akan sentiasa sukses, dipanjangkan umur dan ditambahkan serta dicukupkan segala rezeki. Semoga segala cita-cita dan impiannya akan termakbul. InsyaAllah. Hari ni pun dah masuk 31/05/2010. Aku belum lagi bersedia untuk buat mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan. Minit pun tak siap lagi. Kerja makin bertambah. Kadang2 pening memikirkan hal kerja ni. Tapi apa nak buat, dah namanya kerja.. dibayar gaji untuk bekerja. errmmm.. entahlah.. mood aku tengah baik hari ni, dah dirosakkan. pening2. bengang pun ada. apa pun, aku nak kongsi dengan korang semua. Kadangkala aku pelik. Kenapa anak2 melayu je yang merempit? Yang langgar undang2 jalanraya. Nak langgar pegawai polis. Sanggup mengadai nyawa di jalanraya. Mana pergi anak2 bangsa lain? Diorang takde nak tunjuk hero. Nak merempit-merempit ni. sebab diorang mencari duit. membina empayar perniagaan diorang sendiri. Berbeza betul pemikiran anak-anak melayu. Nak jadi jaguh dijalanraya. Bikin motor kasi power nak berlumba. Nak tunjuk hero. Bikin motor pulak kat bengkel orang bukan melayu. Orang bukan melayu tu ketawa je suke. Biar anak-anak melayu mati katak kat jalanraya. Sedarkah kita wahai anak-anak melayu bahawasanya kita ni dah ketinggalan. Jauh ketinggalan. Kepada anak-anak muda, lupakanlah hal merempit di jalanraya ni. Lupakanlah hiburan-hiburan yang melekakan. zaman sekarang ni, zaman kita mencari rezeki tanpa mengabaikan segala suruhan dan tuntutan Allah s.w.t. Jika semuanya sudah dikuasai oleh bangsa lain..? ke mana kita akan pergi di bumi bertuah ini..? Fikirkanlah.

17 Mei 2010

Pilihanraya Kecil Sibu

Semalam berakhirnya pilihanraya kecil Sibu. BN telah menerima kekalahan di tangan DAP. Rakyat di parlimen Sibu menolak pembangunan di kawasan mereka dengan mengenepikan BN pada pilihanraya itu. Keputusan pilihanraya apabila memihak pada pihak Pakatan Rakyat, barulah mereka mengeluarkan kenyataan yang SPR satu badan yang telus. Bukti rakyat mula menerima mereka. Tapi kalau kalah? Mulalah salahkan pihak SPR. Nak bawa ke mahkamah untuk diadakan pilihanraya semula. Cakap yang pengundi di kawasan terbabit menerima duit sogokan dari pihak BN dan macam-macam lagi alasan bila kalah. Itulah sikap Pakatan Rakyat yang hanya inginkan kuasa sahaja dan tidak mementingkan pembangunan di kawasan masing-masing. Tidak mementingkan keluhan rakyat. Hanya kuasa sahaja yang menjadi kepentingan mereka. Menindas sesuatu kaum bila berkuasa seperti terjadi di Pulau Pinang. Semua kerana silap rakyat yang salah memilih. Pengaruh Pakatan Rakyat pada pengundi muda juga menjejaskan kemenangan BN. Ingatlah wahai pengundi-pengundi muda, jangan ikutkan hati dan perasaan. Pilihlah wakil dari pihak yang memang sudah terbukti berbakti kepada kita selama ini. fikirkanlah keamanan yang kita kecapi, kebahagian yang kita dapati, bebas melakukan apa saja di bumi bertuah bernama Malaysia ini tanpa takut diserang dan tiada rusuhan yang berlaku seperti di negara jiran dan di mana-mana negara yang miskin. Berterima kasih kepada pemimpin BN yang telah memajukan negara demi kesenangan kita semua. Bersyukur kepada Allah kerana kita dilahirkan dan dihidupkan serta di besarkan di negara bernama Malaysia ini. Alhamdulilah... Kepada pengundi muda, pilihlah calon yang terbaik pada PRU13 nanti dan semestinya calon itu adalah dari BN (Barisan Nasional)

14 Mei 2010

Berita mengenai Allahyarham Encik Kassim Bin Ahmad dan Isteri

Perit terima hakikat ibu bapa mati serentak


2010/01/11 MERSING: Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian jenazah sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan jalan raya, Jumaat lalu di Kilometer 5, Jalan Felda Gugusan Tenggaroh-Tanjung Leman dekat sini, kelmarin.

Lebih 200 sanak-saudara dan kenalan mengiringi jenazah Ahmad Kasim, 57, dan isteri, Razimah Mohd Yasa, 51, selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Felda Tenggaroh 3 ke Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh untuk dikebumikan, kira-kira jam 2.30 petang.

Anak kedua pasangan itu, Mohd Kamal Ahmad, 31, berkata keluarganya masih diselubungi kesedihan dan terkejut dengan kejadian yang meragut nyawa kedua-dua insan tersayang itu.

Katanya, dia bersama tujuh adik-beradik lain menerima pemergian ibu bapa mereka, tetapi menyifatkan kehilangan itu sebagai sesuatu yang begitu perit, apatah lagi berlaku serentak.

“Kini saya dan abang sulung terpaksa mengambil alih tugas sebagai bapa dan ibu kepada adik-adik lain. Kami mungkin memerlukan masa lama untuk menerima keadaan ini,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, pasangan terbabit maut selepas Perodua Kancil dinaiki bersama dua anak mereka bertembung sebuah Proton Iswara ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Tenggaroh 3.

Akibat rempuhan kuat itu, Ahmad meninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit di tempat duduk pemandu manakala isterinya meninggal dunia empat jam kemudian di Hospital Mersing.



Anak perempuan mereka, Nohidayah, 10, patah tangan kanan dan Norhayati, 20, pula patah tulang pinggul dan paha kiri manakala pemandu Proton Iswara dikenali sebagai Mohd Norzairi Zubahri, 18, pula cedera parah di kepala.

Sementara itu, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Tenggaroh 3, Madon Hamid, 53, berkata dia kehilangan rakan karib yang banyak membantunya dalam kerja kebajikan di tanah rancangan berkenaan.

Katanya, arwah suka menolong orang dalam kesusahan dan tidak pernah melepaskan peluang mengambil bahagian dalam kerja amal di tanah rancangan itu.

“Saya berjanji menjaga kebajikan anak arwah kerana itu tanggungjawab saya sebagai ketua di tanah rancangan ini,” katanya.

Mengenai Tenggaroh 3

Tenggaroh 3

Tenggaroh 3 merupakan sebuah kampung (FELDA) yang terletak di Mersing, Johor. FELDA Tenggaroh 03 mula dibuka pada 1988 dan seramai 191 orang peneroka telah menyertai rancangan tersebut. Penempatan penduduk di kawasan FELDA mempunyai pola tersusun di mana setiap rumah dibina bersebelahan dan berada dalam satu kelompok yang dipanggil blok. Kediaman asal para penduduk dibina daripada kayu dan semua rumah mempunyai reka bentuk yang sama.

Bilangan penduduk FELDA Tenggaroh 03 dianggarkan berjumlah lebih kurang 1,700 orang termasuklah golongan peneroka, kakitangan FELDA, kakitangan Kilang Sawit Tenggaroh Timur, guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Tenggaroh 03 serta Sekolah Agama Felda Tenggaroh 03. Kesemua penduduk berbangsa Melayu dan kebanyakan daripada mereka berasal daripada beberapa daerah di negeri Johor seperti Mersing, Pontian dan Batu Pahat.

Kesemua peneroka FELDA Tenggaroh 03 bekerja di ladang kelapa sawit dan mereka juga melakukan pelbagai aktiviti ekonomi sampingan seperti menternak ikan, lembu dan bertani bagi menambah pendapatan. Penternakan lembu dilakukan di ladang kelapa sawit dan lazimnya dibiarkan berkeliaran secara bebas di kawasan tersebut.